Sunday, January 4, 2009

Hello 2009.

so far, camnekah 2009 anda?
saya telah mati secara mental kat sini, haha.

nah update paling ringkas untuk event dari New Year ari tu.

New Year's Eve :

memula ke Hollywood sign, tapi on the way ke sana sesat-sesat sikit, dan sampai ke sign tu dah gelap (takde lampu plak kat sign tu, ajaib). dapat tengok skyline LA, kemudian gerak ke Hollywood Boulevard/Walk of Fame untuk jalan-jalan tengok orang.
ada orang cosplay jadi Freddy Krueger (Nightmare on Elm Street), karekter Halo, puppet Jigsaw (Saw), karekter Counter Strike (rasanyalah).
lepas tu ke Universal Studios Citywalk yang ramai gle manusia kat situ.


ye kami bersambutan kat sini.
not on the road atau jejantas, harap maklum.


FENDER STRATOCASTER I WANT ONE PRZ KTHXBAI
Citywalk yang sangat padat dengan manusia sampai takde mood nak mengambil gambar haha. boleh pulak camtu kan.

at both ends of the Citywalk ada stage, dan each stage main genre lagu berlainan.
rugi tak duduk kat belah Hard Rock Cafe tu, sebab lagu-lagu sume best. tapi dah ramai sangat orang, so takleh buat apa.
plus, diorang kata fireworks dilepaskan at the other end, bertentangan ngan HRC, so kitorang pun pusing balik mengharungi lautan manusia.


lalu belakang stage dekat HRC tu.


the other stage.
diorang main lagu 80s.

countdown, pastu ada fireworks.
sadly tak se-spectacular yang saya bayangkan.
but ah well, a few fireworks is better than none at all, eh.







kalerful? tak?
huahaha kalau saya tau camne nak adjust shutter speed jadi slow, maybe boleh dapat gambar lagi best, but *shrugs*

demikianlah celeb New Year kami.

1 Jan, kelmarin :

langit kelabu, mood saya juga kelabu.
untuk suatu sebab yang saya sendiri tak pasti, mood saya dipengaruhi oleh keadaan langit.
serius saya anti-sosial pada ari pertama tahun 2009.

kitorang ke pantai Corona del Mar, kat Newport City.


diorang kata Newport Beach ni popular sebab siri The OC.
nah gambar untuk peminat siri tersebut.
credits untuk Nadzirah for the pic.

sesampainya kami di sana, dah gelap.
hasrat untuk berlari-larian di bawah langit biru terpadam terus.
yelah, keluar umah pun dah pukul 3-4 pm, time winter, memanglah cepat gelap.


rumah-rumah kat pantai situ.

disebabkan saya anti-sosial time tu, saya pun membawa diri pegi jalan-jalan kat 'tebing batu-batan' yang menghala ke arah laut, tapi tak sampai hujung sebab bahaya -- saya pakai selipar je, dan batu-batu tu ada yang licin, plus dah gelap.
lately saya perasan yang saya dah tak se-reckless dulu...mengapakah?!


mereka di sekeliling bonfire.
entahlah borak pasal apa.
pastu diorang main some games, tu pun saya tak join.

saya pegi pulak jalan di gigi air (ayat takleh blah) sampai ke hujung.
tak basahkan kaki sebab tak tahan sejuk.
bulan sabit time tu, cantik.

balik ke arah bonfire semula, diorang main games lagi.
saya duduk tepi tengok je, dan main SLR Suhana kejap.


efek Back to the Future haha.
ni je gambar yang agak senonoh untuk saya letak kat sini, sebab gambar lain tu tak jadi, memeningkan, dan bukan hasil tangkapan saya.


kami di akhir hari.

lepas tu, kereta kami (= umah saya) pegi dinner sebab 3 kereta lain tu terpaksa balik atas suatu alasan yang saya tak berapa paham.
saya pedulik apa, janji saya dapat makan HAHA. okeh kejam sket.

2 Jan, semalam :

tak buat apa.
tengok The Deadliest Catch (kot) kat Discovery, siri yang tunjuk orang bekerja tangkap ketam kat Laut Bering -- Alaskan king crabs, Opilio crabs -- membuatkan saya sedar yang saya ni banyak komplen, padahal ada orang lain yang terpaksa kerja susah dan bahaya camtu, dan saya ni hanya duduk di rumah boleh tengok tv main internet lagi.
jadi lagi satu peringatan untuk tahun ni : kurangkan komplen.

malam tu ber-YM ngan Adib.
kami takde kerja (well, saya yang takde kerja, dia kerja kat CC) maka kami borak pasal banyak benda. termasuklah pasal the GazettE, dan juga gitar.
saya rindukan gitar saya, entah bila nak sambung blaja balik.

anyway, kami ber-Doodle.
(amaran : banyak referens the GazettE, sila layan je okeh.)


sesape kenal the GazettE, korang akan tau siapakah di sebelah kanan ni~
secara unofficial saya telah memanggilnya KakSi = Kaki Seksi haha.


bila kegilaan melanda, camnilah jadinya.


BONUS UNTUK PEMINAT THE GAZETTE XDDD
Rukicchu ♥
gambar belah kanan tu, taktau sebenarnya betul ke tak Ruki (vokalis the GazettE) tapi kami peduli apa, janji kami bleh bergumbira ngan kecomelan gambar tersebut XD

sekian sahaja untuk kali ini.
skolah nak start balik Isnin ni, perasaan saya mati buat sementara waktu.

/nadia yang nak langit biru balik.

9 comments:

wani ezryl * said...

bunga api camtu punya byk pun x spectacular lagi?? wahh kalau camtu kespectacularan *ayat apekah--* citarasa bunga api ko mesti sgt tinggi xDD

best ok duduk keliling unggun api & bermain games xDD

haha doodles yg cantik!! nasib baik yahoo x screencap secara rahsia (mcm cctv) pastu simpan utk koleksi 'y!m doodles of the month' :P

Nadia Nor said...

well actually the photos didn't do them justice...in fact, gambar2 tu meng-over-rated-kan camne sebenarnya fireworks tersebut. haha. ah well, asalkan ada gambar ok lah kot kan =3
(tapi mmg citarasa terhadap bunga api saya agak tinggi hoho)

best kalo ada feel, tapi ari tu takde perasaan, so -_-"

lolz takkan YM nak buat camtu~ haha XD

Anna Bakhtiar said...

ehem2..memang nadia sgt2 gler super duper suka bunga api...nak tgk nadia yang trlompat2 cam kanak2 riang mase tgk bunga api la..yu belom kalo dpt maen lg..lg cam bdak terencat..hahaha..

"Perasaan saya mati buat sementara"
ayat apekah itu... anda semakin bayak vocab n semakin pndai berkata2 jiwang2 ye skrg..heheh..

Relex..kelas nak stat bukan ur doom's day..haha.. kelas ok pe..boleh lg skip kelas atau bgun lmbt..jgn kan dah keje..adeyh~~ lg boring..takleh ponteng takleh bgn lambat...hahaha..kat sini br ayat "perasaan saya mati" boleh di applykan k...hahah

moga semuanya baik2 je pasni..moga stadi ok n keje aku pun ok..heheh..
lg stu, lupe plak nak marah..hamboi, kemain lg perli gmbr aku yang "jelita" hahaha...siot tol..

k..take care..mmmmmuaaahxx

Nadia Nor said...

oi orang jelita, anda takde hak nak kata saya terencat tengok bunga api okeh XDDD

tapi serius weh, perasaan aku mati. ni tengah feelingless ar ni. camne nih, camneee.

keje laen, skolah laen, kan.
good luck ngan keje =3

uShop said...

gamba back to the future tu adekah di edit atau memang apinye gitu??
kelihatan canggih!

mlm new year aritu x kuar, tgk fireworks dari tingkat 7 ni, leh nampak sumenye.

sepanjang2 pantai odessa ni ade n n x habis2 sampai kat 4 pagi. sakan mereka ni...

Nadia Nor said...

gmbr Back to the Future tu? main setting shutter speed, pastu zoom in/out =3 cool kan cool kan XD member ajar~

wah menariknya fireworks kat situ, celeb plak sampai 4 pagi~ ari tu yg tgk kat sini, ada la...20-30 saat je, haha. klakaaa.

Anna Bakhtiar said...

camne nih?
haha..stadi je la..nak wat cane..p je la kelas..hahah..ok je tu..insyaALLAH..memang ar boring..tp cube cari satu cofactor yang wat ko tak sbr2 nak pi kelas..cari la pape..hehhe..aku pon tak tau..

arhghhh..keje aku best+takbest..sebab tgn aku luka2 terpotong masa kupas kulit koko untuk wat sample analysis...bengang tol...pedih gler sampai sekarang terasa..huhu..

hehe..hari ni isni first day kelas kan?

jgn lupe berdoa..permulaan yang baik untuk hari yang baik..moga ALLAh permudahkan urusan..amin..

take care nadia

tangonovember said...

cis!tak aci, aku tak sempat nak pegang SLR pun!
tapi aku tau camne nak wat effect
"Back to the future" tu

Nadia Nor said...

anaa : heheh ko plak jaga jari leklok, kang ramai plak jadi raja bersiong/bersiung (sila pilih ikut preferens sendiri) makan sampel coklat ko XD
ko pun take care jugak =3

tango : uhuhu. ko nyer kamera tu dah boleh buat kot. ko bleh main shutter speed kan? ke setting 'fireworks' ko tu, gne tu je pun boleh dah. kamera ko dah hebat laa, takyah SLR.