Monday, May 19, 2008

events around campus

yooo minna~
sori sebab lama tak update properly.
tau je laa kan, kalo dah malas/busy/distracted, camni laa jadi de.

okeh, dalam post ni, aku nak cite pasal pe yang telah terjadi kat aku dalam masa...1 bulan lepas...or more. ahaha.

April 22 : University Hour

info untuk anda yang taktau/tak ingat :
University Hour (U Hour) adalah masa antara pukul 12-1 tengah hari setiap Selasa dan Khamis, yang mana time tu dikhaskan untuk para pelajar rilek, laid back, dan participate dalam apa-apa event yang berlaku pada ari tu. time tu normally takde klas in session, except untuk klas yang lecturer tak best dan tak berjiwa remaja haha. dan U Hour tu sometimes (more frequent than not) ada band datang perform.



taktau apa nama band yang perform ari tu, tapi guitarist yang belah kanan (black Tshirt) tu sangat comel HAHAHA. saya ngan Elly duduk je kat situ even masa show dah abes, siap tengok diorang kemas barang semua. hoho.

April 25 : permit test + APIHM Cultural Night

ari tu amek ujian bertulis untuk dapat driving permit. dan dengan berkat tunjuk ajar Suhana (aka soalan bocor dari de dan senior2 lain), saya dan Nadzirah berjaya dapat full marks untuk ujian tersebut. dan ni gambar kami toasting each other. wuhuuu~
(tapi sampai ke ari ni taknah try driving pun.)


malam tu pulak ada APIHM (Asian & Pacific Islander Heritage Month) Cultural Night, di mana semua Asian and Pacific Islander societies buat performance sebagai acara penutup Heritage Month tersebut. wasn't bad, it was quite good. ni je gambar yang ada saya. heheh. ni pun masuk gambar menyelit.

May 3 : Dog Show + my own little adventure

pagi tu ada dog show, tapi event tu di-describe ngan lebih lanjut kat post lain. sila navigate guna archive links di sebelah kanan anda, terima kasih.

petang tu Elly ngan Nadzirah pegi jogging, dan saya guna basikal Nadzirah pegi ikut diorang. then at one point, diorang guna jalan yang takleh dilalui oleh basikal. maka saya terpaksa patah balik dan guna jalan lain. pastu taktau diorang ikut jalan mana, so saya pun assume diorang naik bukit yang lokasinya somewhere kat belakang Village/Farm Store.

dalam ati time tu : "wah...gila terer diorang, naik bukit ni ngan laju..."
dan saya pun naik laa bukit tu...ngan menarik basikal di sisi. tak larat ah kayuh basikal sampai atas. stamina takde.

dah sampai atas tu, tengok diorang takde pun. maka saya membuat kesimpulan yang diorang sebenarnya tak naik pun atas ni. ceh. ah takpelah, sementara dah ada kat atas ni, baik pegi tengok apa yang ada.

i never knew there was a place like this up on the hill. ada some sort of office/work place, style cam ala resort. maybe tempat ni kalo nak buat kursus ke, best kot.


then ada kolam plak -- well, nothing in there masa tengok dalam tu, but still. terkejut dan terkagum.


dan setelah lama tak jumpa any form of interesting insects, saya terjumpa seekot belalang yang besar dan tak takut manusia...kot. tapi de duduk diam je masa amek gambar ni.


dan, my fav, ada creature yang telah cuba buat 3-point shot dari luar bumi, tapi bola tu dah terbakar masa masuk lapisan atmosfera bumi. tinggal vapor trail je.

May 6 : University Hour - The Smart Brothers


lagu diorang best gak, bak kata Elly ngan Nadzirah : "rilek je~"
kat belakang kitorang ada a group of people dancing. seronok je tengok. haha.


then lepas abes performance, the guy yang belah kiri skali tu terus pegi to the side of the stage and tukar mode salesman jual CD diorang haha.

May 8 : MTV Taping of Rock the Cradle

malam ada live taping of Rock the Cradle - a show di mana anak-anak celebrities (cam MC Hammer, and others yang saya tak kenal pun) compete ala American Idol untuk menunjukkan yang talent does run in the family.
...fyi saya taknah tengok pun cite tu. tapi sebab event ni free kan, maka saya pun pegi laa.

make-up jalanan HAHAHA.


orang-orang yang pegi -- International Student Association + Malaysian Student Association. takde ramai pun dari Cal Poly. tapi ok laa.

pegi naik bas skolah wooo. bas skolah yang kaler kuning tu.

oh, saya ngan Elly sempat berkenalan ngan these 3 guys (2 Korean, 1 Taiwanese) sebab dengar the 2 Koreans tu ajar the Taiwanese bahasa Korea. kitorang gelak sebab cam kelakar. pastu tetiba ter-converse plak. camtu laa.

pintu masuk CBS Studios -- ye kabur sori.


-- ni bukan studio yang kami akan masuk, studio kami nombor...21? 23? entah.

kami takleh bawak kamera, phone etc masuk. so takde gambar dalam studio.
all in all, it wasn't that bad, just kitorang tak kenal sesape yang bertanding tu kan. tapi the experience was ok. dapat laa tengok a thing or two about about how a live show is recorded.

oh oh, ada sorang ni, rupa de cam Steve Tyler, tapi de muda. hahaha.

May 14 : Basketball Tournament

a 3-on-3 tournament, buat kat Village basketball court. saje buang masa and menyokong our 3 Malaysian teams. woot~

Elly, Nadzirah, Ubay, Aaron, Kanlun, Choon, and some guys i don't know.
well our Malaysian teams lost in their 1st round, but it wasn't a bad game. really. people here play rough and tough. yep. kind of scary.


random shot. of the pic i mean, not of the ball.


diorang beratur nak masukkan gol during break, haha.

-- and, tu je untuk kali ni. more event descriptions in other posts.
thank you for your time.

ps : the Miyavi report will be coming in a while, so please bear with me!! saya sangat slow~

1 comment:

wani ezryl * said...

sy pon suka gmbr awan tu!! xDD interesting tgk combination awan dgn basket ^^