Encik Bates adalah cikgu yang paling aku salute sebab beliau telah bukak mata aku lantas mengubah cara aku berfikir untuk kebanyakan benda. sejak aku amek kelas beliau, American History, aku belajar banyak benda yang aku rasa semua orang patut belajar.
beliau mengajar cara menganalisa sesuatu gambar/video/lagu/media.
banyak kali beliau bagi assignment camni : kitorang akan diberi gambar, dan kitorang kena fikir "apa yang kitorang boleh describe pasal sesuatu era/peristiwa hanya dari melihat gambar ni." cam dari segi pakaian, tempat, berapa orang dalam gambar, apa orang-orang tu buat, ada signifikannya kedudukan barang tu kat situ dengan peristiwa tersebut, etc.
mula-mula dapat assignment camtu memang rasa nak menangis mencarik points semua, tapi lepas dah beberapa kali kena buat, rasa seronok. sebab benda camtu buat aku lebih alert kat benda-benda lain selain materials untuk kelas American History tu.
macam kalau tengok wayang, korang takleh hanya fokus kat apa yang hero tu tengah buat. korang kena tengok the surroundings, apa orang-orang sekeliling dia buat time scene-scene tertentu, kenapa dia pakai baju kaler tu, apa status watak-watak extra kat background tu dari cara pemakaian diorang.
untuk paper finals, aku 'analyze' lagu Eminem Like Toy Soldiers dan kaitkan lagu tu dengan isi-isi yang menunjukkan pasal peperangan, the consequences, etc. aku rasa sangat cool sebab, bayangkan, lagu Eminem kot? Mr Bates memang bagi kitorang pilih media-media ikut suka hati kitorang, asalkan diorang approve benda tu.
pendidikan Malaysia tak tekankan benda macam ni, aku rasa. bila dah kena buat assignments camtu baru aku paham maksud 'berfikir secara kritis dan kreatif' haha.
cerita pasal wayang, selain cara analyze scenes, aku selalu fikir "kalau scene ni di-shoot dari angle yang camni-camni mesti boleh jadik lagi best." ni repercussions dari cara menganalisa tadi laa. sebab kalau tengok cerita, aku jenis yang takleh duduk diam. so aku resort ke tengok segala benda yang aku rasa menarik kat scene-scene, dan cuba break down apa yang director & penulis nak bagitau sebenarnya pasal scenes tersebut. DAN cuba fikir cara-cara untuk buat movie tu lebih menarik.
sebab, kalau kau tengok cerita Yasmin Ahmad, kau cuba tengok cara kamera de shoot setiap scenes. movies beliau semua simple, tapi cara shooting dia, the colors, the pace of the story semua bagi aku sangat best. dan yang paling aku suka pasal movies beliau adalah, beliau buat cerita yang kita boleh relate to in everyday life. cerita cinta pun, bukan cinta yang over-over, tapi cinta yang kita rasa boleh terjadi dalam kehidupan biasa. betul tak? cara penceritaan camtulah yang patutnya dibuat dengan lebih banyak kat Malaysia ni.
bukan cerita-cerita hantu yang macam dah berlambak kat wayang sekarang. cerita-cerita cinta orang Melayu yang dah biasa tengok kat TV pun tak terkecualilah. selama yang aku nampak, cerita-cerita camtu semua, cara shooting diorang...flat. camne nak cakap eh. macam, kamera akan shoot mainly untuk amek raut muka para pelakon, instead of cuba masukkan sekali keadaan sekeliling untuk membuatkan impak sesuatu scene tu lebih kuat, feeling dia lebih real. sebab apa guna buat cerita tapi orang takleh nak relate, kan? at least kenalah tunjuk yang apa yang berlaku tu ada possibility boleh berlaku in real life.
mungkin isu duit atau equipment lah tu semua, tapi still, kalau boleh fikir alternatif untuk buatkan sesuatu tu lebih menarik, apa salahnya cuba kan.
tapi serius, korang kena cuba analyze all those stuff sometime -- at least korang bukan tengok TV like a dead zombie >:D
- - - - - - -
i am in no way pakar cinematography mahupun psikologi btw. cerita panjang camni pun bukan selalu buat kan ngahahaha.
baiklah masa untuk tido.
/nadia yang mencari kekuatan untuk menempuh hari Isnin hahahahaaa.
No comments:
Post a Comment