Saturday, August 20, 2011

diari satu hari

pagi tadi pegi kerja kejap, ada hal nak buat kat chem lab (jangan tanya apa kaitan mechanical engineering dengan chemical; aku tanya soalan tu kat diri sendiri setiap hari). pertama kali aku masuk ofis takde orang kat meja-meja; ada pun 3-4 orang je, tu pun meja jauh-jauh. pastu turun lab pun takde orang ramai cam biasa; yang ada Suria ngan sorang lagi lab tech yang aku jarang jumpa :D pastu si 'senior' Aiman ngan Firdaus pun datang join buat kerja; time masa-masa terakhir tu si 'lagi senior' Nabil & Fitri datang jugak haha. meriah wei kerja Sabtu.

pastu berbuka dengan budak SMASKP :) kalau letak kitorang sume 1 meja, konfem kitorang kena blacklist dari Nasi Arab Damsyik haha XD makaseh Yun! makaseh gak Kak Slim kerana menjadi GPS! makaseh Atul untuk coffee meringue yang super best! jugak makaseh Pujot Afzan Mai Yaya Irni Ain sebab dah lama kot tak jumpa korang! :'D

pastu berasakan bersama orang ramai kat bazar tepi Giant Senawang. ada baju kurung comel-comel tapi perasaan nak beli tu takde sangat. sebab sekarang tetiba pandai berjimatlah konon. padahal kedekut. hohoho.

dan perkara paling best hari ni? aku drive ke tempat-tempat yang dinyatakan di atas ngahaha. makaseh Kak Slim menjadi pendorong untuk aku bawak kereta walaupun secara jujurnya sekarang aku agak lupa-lupa ingat jalan-jalan tadi (walhal area Senawang je pun kan. cis. nama je orang Seremban aku nih) hee.

oh ya, malam semalam hantar Kema kat LCCT :') semoga beliau selamat sampai! (Kemaaa dah sampai ke belummm cepat aa carik internettt!!) Kak Slim & Jannah pun ada, pastu diorang kata sebelum aku sampai tu Fuzie pun ada. haih laa bila entah nak ada jodoh jumpa ngan cik Fuzie nihhh =_= Fuzie kalau anda baca ni sila mesej aku sekarang! XD


- - - - - - -


sepuluh hari terakhir Ramadhan!


/nadia yang nak tengok Arakawa Under the Bridge tapi malas. paradox?

3 comments:

wani ezryl * said...

tahun ni ada sehelai baju raya je kot. tak sempat nak balik shah alam beli baju raya. sobs.

Ubaydah said...

Dah start drive? Awesome! =D

Ubaydah said...

...and sila tengok Arakawa Under the Bridge! XD