takde salah pun rasa cemburu, rasa jeles tu sume. tu adalah bukti kita ada perasaan. cuma jangan bagi perasaan cemburu tu meleret ke hasad dengki sudah. selagi cemburu tu membawa kita untuk lebih bersabar, lebih berusaha, then takde salahnya nak rasa cemburu.
dan sebenarnya jadi 'mahasiswa/mahasiswi' takdelah best mana. bila dengar 'masuk universiti', kita rasa cam kagum gila, kan? tapi takat tu jelah, 'dengar'. bukanlah nak kata universiti tu langsung tak best; cuma kan kita tau, semua benda ada best & tak best.
ok lah, masuk uni tu memang dah dilabel 'berjaya', generally. tapi ikut jugak, setakat mana kita boleh bawak diri kita untuk berjaya kan. ada orang yang masuk uni, then main-main jola-joli hepi-hepi dengan member sampai lupa tujuan masuk uni. ada orang yang studious, yang rajin buat assignment, jumpa lecturer, aktif persatuan, sampai takde masa nak enjoy masa dengan kawan & family. ada orang yang boleh buat dua-dua ni sekali.
takpelah kalau belum ada rezeki masuk uni; at least takyah susah-susah hari-hari nak fikir nak pakai baju apa pegi kelas. siap ada uni yang tak bagi certain clothes and stuff untuk dipakai masa kelas (dengar cerita memberlah). dan hari-hari punya jadual dah set; takyah register kelas untuk setiap sem, takyah berhadapan problem sistem data break down masa nak register kelas. at least for the time being, boleh dengar experience member lain dulu; nanti bila dah time sendiri dah ada back-up plan, maybe, kan?
so in short, takyah pikir banyak pasal orang lain, do what you can do best for the time being. satu hari nanti, everything will be okay. so rilek, chill, focus on the 'now' and plan for the 'then', 'kays?
:)
(baidewei Nana ada tag sendiri kat blog ni, tau dak?)
- - - - - - -

random gif is random.
/nadia yang nak waffle A&W! pls?
No comments:
Post a Comment