Nadia Nor.
nama aku, dan aku sahaja.
dari aku mula belajar identify nama ni dengan diri aku, aku sangat attached dengan nama ni. aku tulis nama ni kat mana-mana yang aku boleh capai -- dinding, buku, meja, kerusi, beg, malahan baju pun.
aku sangat suka dengan nama ni. sangat, sangat sangat sangat suka. kalau ditanya kalau aku nak tukar nama, aku akan immediately kata "sila berambus, aku taknak tukar nama. ever." camtu sekali aku suka nama ni.
nama ni jugak universal; masa kat US, nama aku takde masalah untuk diorang sebut, macam beberapa member lain yang kurang fortunate dari aku; nama ni agak common di Rusia, dan nama gymnast terhebat dan tersohor adalah Nadia Comaneci dari negara tersebut; dan kat Jepun, ada anime bertajuk 'Nadia : Secret of Blue Water'.
sebagai orang Malaysia, bila korang dengar nama 'Nor' diletak kat belakang nama, korang akan either : a) anggap itu nama ayah, atau b) rasa pelik. ya murid-murid, seperti salah seorang artis terhormat negara kita Adibah Noor, given name aku memang 'Nadia Nor'; dengan 'Nor' di belakang, dan ia bukanlah juga nama ayahanda aku. itu nama aku. dan aku sendiri.
Mama kata maksud nama aku adalah somewhere along the lines of 'rajin'/'bijak'; dan itu menurut buku maksud nama anak-anak. dari pengalaman aku belajar bahasa Arab pulak, dari surah Al-'Alaq ayat 17 :
-- yakni kalau diambil straight dari surah tersebut, 'naadiah(u)' bermaksud 'kumpulannya'. dan aku pernah belajar yang 'nada', kata akar untuk perkataan dalam ayat 17 surah Al-'Alaq tersebut, bermaksud 'berkumpul'. selepas dijadikan isim fa'il (~ kata nama untuk 'pembuat'), 'nada' menjadi 'naadi', iaitu 'yang mengumpul'. atau kumpulan, which brings us back to ayat 17 tadi.
kalau disusun balik nama aku mengikut struktur Arab, ia boleh jadi 'nadiunnur' -- masa aku realize maksud 'nadiunnur' nilah aku sungguh-sungguh realize yang nama aku memang one in a million, in a gazillion even -- 'nadiunnur' bermaksud 'pengumpul cahaya', atau 'tempat berkumpulnya cahaya'.
a place where light gathers.
indah. sangat indah.
dan nama ni bukan diberi secara kebetulan, mahupun kerana mengikut aliran populariti zaman aku lahir; nama ini memang telah ditetapkan untuk diberi kepada seorang anak perempuan.
anak perempuan Mama, satu-satunya anak perempuan Mama.
Mama aku sahaja yang boleh bagi 'a simple name', kata beliau, such a huge impact on the person herself.
tanpa Mama, aku takkan dapat belajar bahasa Arab; which means aku takkan faham maksud nama aku sendiri.
tanpa Mama, aku takkan dapat this 'one and only' name; nama yang tak dikongsi dengan sesiapa pun.
dengan nama ni, aku hidup ke hari ini.
dengan nama ni, aku ada identiti sebagai aku yang sekarang.
dengan nama ni, aku jadi anak Mama.
with this name alone, i could be part of this world.
tiada ibu lain yang boleh bagi makna sebegini hebat.
terima kasih Mama.
- - - - - - -
ok disclaimers :
1. ada a few other FB users dengan nama 'Nadia Nor' tapi diorang either a) foreigners, atau b) nama bersambung dengan nama ayah/orang lain.
2. sila abaikan beberapa ayat yang out-of-my-normal-character kat sini.
3. pengetahuan bahasa Arab aku kena belajar lagi; so kalau tersalah sila bagitau!
4. entri ni memang dah lama nak ditaip; dan ia terzahir dengan cantiknya in time (agak lewat) untuk Hari Ibu :)
/nadia yang nak tau maksud nama korang.