Tuesday, April 5, 2011

tagged : 30-Day Challenge, Day 27 / random talk

30-Day Challenge
Day 27 : What was the best thing about this week?

not really 'was'; my best thing would be in the future tense, since aku akan jumpa kekazen wiken ni insyaAllah! ♥ bila ZC bergabung, maka sila expect kekecohan! >:D

- - - - - - -


since entry kebanyakannya pasal 30-Day Challenge ni je kan, so...aku rasa tetiba nak buat ruangan free talk kat sini. meh aku cerita apa je yang aku rasa nak cerita. although agak bertapis sebab banyak lapisan umur yang baca ni ahaha


well sekarang just fyi, aku tak buat apa-apa. masih menanam anggur yang subur. pasal kerja, aku just buat CV je, dan biar open kat JobStreet. tak apply memana pun secara spesifik, sebab nak tunggu dapat lesen kereta (ya alasan ini tak munasabah, aku pun tau). so that's that.



no1curr.


apa aku buat kat rumah? mainly mempergunakan talian internet sehabis baik, i.e mendownload siri Gakkou e Ikou dan siri-siri variety lain dengan ilusi aku paham bahasa Jepun 100%. in reality bukanlah aku tak paham langsung; cukup-cukup je paham nak gelak sama-sama ngan mana-mana episod.


baidewei, result SPM dah keluar kan hari tu? ofkos aku nak tau result kazen-kazen aku *coughNanacough* tapi sebenarnya kalau aku tau pun bukan aku buat apa-apa dengan knowledge tu haha. oh kazenmu ini memang kejam, maafkan beliau. just nak kata, kepada korang yang dapat result exam -- tak kiralah SPM ke PMR ke semester exam ke -- results are just that. results. of the written tests that we did. personally aku tak rasa result-result tu menunjukkan pencapaian sebenar kita. berapa banyak A pun kau ada, tapi kalau tak reti buat kerja, takde makna jugak. experience tu sangat bernilai. aku belajar the hard way...or more like rasa sendiri haha. so as long as korang live your life, take every opportunity as learning opportunities, korang akan rasa hidup korang bermakna. okeh? tapi bukanlah nak kata takyah stadi dan aim straight C dalam exam korang. tu nanti konfem kena denda ketuk ketampi tanpa henti seminggu ngan mak ayah korang.





Azzad kenkadang cerita pasal cikgu de yang marah tak pepasal kat kelas de. semalam baru de cerita yang cikgu Geografi de, yang tengah jadi cikgu ganti untuk kelas yang cikgunya tak datang, marah sorang budak sebab budak tu buat kerja Sejarah, siap kata : "kerja Sejarah lagi penting kan dari Geografi? buatlah kerja Sejarah tu."


Photobucket


-- patutlah si Azzad tak suka Geografi. aku rasa kalau dapat cikgu camtu pun aku konfem blacklist subjek tu. cikgu-cikgu sekalian, kalau cikgu rasa subjek yang cikgu ajar tak sepenting subjek lain, sila betulkan balik niat cikgu. saya pernah jadi student form 3, dan saya tau betapa lecehnya untuk kami belajar sembilan subjek untuk PMR tu. kami tau cikgu letih nak layan anak murid yang ramai, letih nak buat kokurikulum mengajar, letih nak mengajar anak murid sampai kami paham, juga letih nak hold up the pride of a teacher against cikgu-cikgu lain.


Photobucket


tapi students pun letih jugak. letih nak digest ilmu untuk sembilan subjek berlainan, -- formula trigonometri, taburan aktiviti pembalakan di Malaysia, kronologi pembentukan UMNO, format karangan surat rasmi, definisi ayat metafora -- letih nak pikir kerja kursus, juga letih nak pikir hal member-member. umur-umur diorang ni tengah umur nak mengenal dunia; diorang rasa member-member adalah orang-orang terpenting dalam hidup diorang, so hal pasal member memang mengambil bahagian yang besar untuk diorang. tak kira lelaki ke perempuan.


Photobucket


maka kalau cikgu marah diorang hanya sebab diorang buat kerja subjek lain pada masa lapang, agak-agak cikgulah kan, diorang akan lagi berperasaan nak buat kerja subjek cikgu tak?


Photobucket
(pastilah tak kan?)


aa nak cerita pasal kamera. well as most of you obviously have seen around, DSLR dah semakin berleluasa sekarang kan? aku konfem ramai taktau maksud DSLR tu AHAHA ok itu adalah tak sopan, maafkan aku. tapi ini blog aku, aku punya suka laa nak cakap apa kan. aku jeles sebenarnya ni. aku pun ada rasa nak kamera camtu satu, tapi bila pikir-pikir balik, (dan bila tengok ramai sangat dah ada) aku simpan jejauh impian tu. aku masih sukakan fotografi, dan aku admit gambar-gambar yang DSLR amek sume cantik-cantik kecuali gambar self-portrait ala MySpace, tapi lepas evaluate cara aku amek gambar, aku dapati yang aku bukan jenis rajin nak mengangkut kamera tu ke mana-mana. lagipun point-and-shoot adalah metod paling berkesan untuk aku sebab aku suka amek gambar random dan cepat. kalau aku guna DSLR, aku akan jadi meticulous dan akan main ngan focus sampailah tangan aku lenguh walhal aku nak amek satu je gambar haha. pendek kata aku takde kesabaranlah. lagipun aku rasa kalau takde DSLR pun boleh amek gambar yang cool. cuma kau kena tau angle, lighting, dan timing. apa kau ingat ada DSLR gambar kau automatically cantik? kalau dah sume gambar yang kau amek tu takat gambar kau dan BFF kau posing bajet comel then aku rasa baiklah kau bagi DSLR tu kat aku. unless kau dan BFF kau adalah model, then aku takkan tarik balik apa aku taip ni.


-- wuhoh banyak dah tercakap kat sini. well i've said what i wanted, now i don't care what YOU think. ahahahaaa.

sekian terima kasih!



victorious! ★


/nadia yang dapat Gaki no Tsukai No-Laughing Batsu Game terbaru! hells yeah!

1 comment:

Anonymous said...

FUIYOOOO. first time doh kak nadia updte entry pnjg pnjg, OHHHH, mmg setuju 1000xxxxxx% dgn apa yg akak ckpkn ttg cikgu tuhh xD

-tasha ni :D