Saturday, April 23, 2011

apa yang aku buat hari ini.

entri tidak bergambar sebab tak amek gambar. sila rajinkan diri membaca abjad-abjad.

hari ini pergi kenduri tahlil kat Klang.
tapi sampai dengan lewatnya haha. takde pape yang super-extreme berlaku di sini, cuma nak kata seronok dengar Cik Yan (betul ke eja nama?) borak ngan Papa XD aku pun borak je sekali :3 dah lama tak jumpa sedara-mara jauh kan, bila jumpa tu -- tambah pulak kalau sedara tu kenal kau, lantas kau memeras otak untuk ingat beliau juga -- best laa rasa.

sebab tu aku suka raya :)

then on impulse aku pegi KLCC jugak.
pegi Kinokuniya je pun, carik buku. ramai gila orang kat situ (durrr wikennn), tambah lagi ada semacam fashion show kat tengah tu, maka bayangkanlah betapa padatnya umat manusia di situ. ingat nak singgah kedai CD nak carik P. Ramlee : Satu Indiepretasi tapi takpelah. lain kalilah sahaja. buku No Longer Human itu telah pun meng-cost aku RM40+ hahaha. turun Asar kat surau KLCC, then patah balik KL Sentral.

oh oh oh ondewei ke KLCC sebelum tu, aku terbaca sms sorang budak perempuan (menengah kot) yang duduk sebelah aku (aku berdiri). sms tu dari kawan dia rasanya, dan berbunyi begini :

"i...peluk...justin...bieber...ni...mimpi...ke?"

sumpah aku nak gelak secara gah lagi perkasanya kat situ jugak okeh! X'D

okeh sambung --

lepas Maghrib kat KL Sentral, tunggu Komuter ke Seremban. macam biasalah kan, kalau dah Komuter tu, Komuter jugak; tidak mungkin tidak akan delay kurang dari 30 minit. pastu pulak Komuter tu stop kat Labu je, sebab jalan dari Labu - Seremban ditutup untuk projek penyambungan landasan Seremban - Sungai Gadut (eh depan je rumah aku!). sepanjang dalam Komuter tak dapat seat, tapi nasib baik laa ada bebudak sengal yang juga berdiri tu boleh menghiburkan hati aku hahaha. bukan diorang sengaja jadi badut untuk aku, tapi aku yang curik dengar apa yang diorang borakkan, curik pandang apa yang diorang buat semualah lol. stalker yang terang lagi bersuluh.

sampai stesen Labu, diorang provide shuttle (Cityliner) sampai stesen Seremban. Papa amek (Papa driiive je hari ni, konfem penat kan?) kat situ, then balik. sampai je umah, disambut ngan Kimba, Kasturi, dan Pulut yang kelaparan. Mama & Athif dah lelap. Azzad mengkomputer ofkos.

sesudah itu, kat sini laa aku, depan komputer, menaip entri kejadian hari ni yang aku rasa taknah aku buat sejak berapa lama 8D

baiklah mahu tido! esok mahu angkut barang yang di-ship kat rumah Izamil. nanti boleh susun CD & DVD yang baru dengan sesaknya kat almari yey


[edit] nah gambar sekeping --


hasil tangkapan dari Kino hari ini.
aku takleh baca Japanese btw. komik atas tu aku beli sebab aku ingatkan aku boleh paham hahahaaa.


/nadia yang juga dapat komik Saint
☆ Onii-san!

3 comments:

ASYRAF said...

cd P Ramlee - ini satu indiepertasi akan kuar bln 5 ni insyaallah dkat 7e dan music outlet

Nadia Nor said...

orait cool! tengkiu incik asyraf! XD

ASYRAF said...

welcome2
yg penting cik nadia aku dh tukar link blog ye
alwaysbeasyraf.blogspot.com