Wednesday, January 26, 2011

"minggu penuh emosi"

tajuk entri kali ni ditaja oleh Piah :D
kenapa "minggu penuh emosi"? sebab salah sorang dari kami terpaksa di-admitted ke hospital ('di-admitted' -- maafkan, BM saya dapat B3 masa SPM). alhamdulillah beliau, Zaf, dah di-discharged (lagi sekali maaf) dan dah balik ke Village Ahad lepas :)

maka entry ni adalah untuk men-kronologi (...kill me) sepanjang perjalanan "minggu penuh emosi" tersebut.

disclaimer : disebabkan aku tak mintak izin dari Zaf untuk buat entri ni, maka kebanyakan dari isi entri ni adalah pengalaman pertama aku melawat member kat hospital. expect a lot of jakun-ness.


Januari 19, Rabu

teman Zaf pegi Health Center, sebab semalam doktor suruh datang balik. aku duduk main DS kat lobby sementara doktor check Zaf, then tetiba doktor tu keluar panggil aku. weh cuak kot.

doktor tu kata kat aku, Zaf kena bawak pegi hospital. dia panggil aku sebab nak tanya ada tak kereta nak bawak Zaf; kalau takde, guna ambulans. aku jawablah takde kereta. terus orang HC uruskan hal ambulans dan hospital bagai semua; Piah dah habis kelas time ni, beliau datang terus kat bilik check-up Zaf.

around 4:00 pm, ambulans datang, bawak Zaf pegi hospital. kalau boleh kami nak ikut sekali, tapi taktau camne nak balik sendiri nanti. kami terpaksa kata baibai kat Zaf for now.


Photobucket
ambulans tersebut.


malam tu, aku & Piah, lepas dah check bas mana nak amek untuk pegi hospital, teruslah gerak nak tengok Zaf. sampai je Pomona Valley Hospital, kami ke ruang emergency (selepas diberitahu oleh encik polis/penjaga kaunter kat wad maternity. main entrance kata pegi kat wad ni eh, bukan kitorang yang sengal sangat ingat Zaf masuk wad bersalin kan).

weh, first time kot aku masuk bilik emergency! 8D maka aku pun jakun laa nak pegi usik segala laci drawer mesin yang ada dalam bilik tu hee. sepanjang kitorang kat situ, ada laa 2-3 orang doktor dan nurse masuk, tukar IV drip, amek temperature bagai semua. oh sangat tak seronok jadik doktor ngahahahaaa.

then Zaf di-transfer ke bilik lain, tingkat 5.


Photobucket
bilik Zaf, itu IV drip...kan?


Photobucket
sampai 1:30 am jugak laa kitorang kat situ.


sebenarnya visiting hour habis 8:00 pm, dan takde visitor yang boleh overnight kat bilik tu, dan andaikata kami 'over daring' malam tu, konfem kami dah terlelap kat katil kosong sebelah Zaf, sebab doktor yang jaga Zaf tu takde pun halau kitorang keluar ke apa ke. tapi sebab aku & Piah baik kan, kami pun overnight je kat kafeteria.

tu pun sebenarnya, ada doktor tu kata, mungkin orang kafe tak bagi kot. tapi kitorang pergi jelah kan, dah takde tempat lain nak duduk. tambahan lagi, kafe tu ada closing hour 3:00-4:00am, as i discovered masa nak guna restroom time tu -- restroom tu terletak kat luar kafe. orang kafe tu kata, kalau aku keluar pintu tu, nanti aku takleh masuk balik. so aku pun stay jelah dalam dewan makan tu. orang kafe tu serius baik, sebab in the end, kami berjaya stay kat kafe sampailah subuh :)

sepanjang malam tu aku tak dapat tido =_=; puas jugaklah aku try carik posisi selesa, tapi tak dapat. nasib baik bawak buku cerita & DS, dan nasib baik vending machine dia jual coffee $1 je (ada Hershey's double mocha cappucino! Xd). seronok jugak laa aku mempergunakan mesin tu hehe.


Photobucket
itu Piah yang keletihan. esoknya beliau ada kelas okeh.


Photobucket
kafe kosong.
kadang-kadang ada laa sorang dua doktor masuk minum kopi.


Photobucket
subuh je, kami pegi tunggu bas nak balik Village.


Januari 21, Jumaat

Khamis aku tak ikut pegi hospital. aku pegi hari nilah kan. ramai gila datang melawat Zaf hari ni, terkejut aku bila sampai depan bilik dia. oh baidewei Zaf kena tukar bilik lagi, kali ni kat tingkat 3, 'isolation room' katanya.


Photobucket
yourstruly, Fiza, Piah :D
kali ni visitors kena pakai mask!


Photobucket
tengoklah apa yang diorang bawak haha.
siap aiskrim Haagen-Dazs wehhh Xd


Photobucket
chocolate with mint! SUPER LOVE XD
maafkan aku Zaf, aku amek makanan orang sakit pulak kan ahaha


Photobucket
coklat dari banjaran Andes?


Photobucket
hee lapisan mint di tengah ♥


keadaan Zaf nampak lebih baik hari ni.


Januari 23, Ahad

Piah message pagi tu, bagitau Zaf finally discharged dari hospital hari ni dan beliau boleh balik! XD alhamdulillah takde apa yang serius :D lega gila bila tau doktor dah bagi balik yey~


-- sekian sahaja untuk entri kali ni! oh dan sila jangan tanya beliau sakit apa, itu adalah confidential LOLOLOLz.


/nadia yang sangat nak tenpuraaa.

2 comments:

wani ezryl * said...

pernah jugaklah experience dok jaga org kat hospital ni, time tu my dad operation yg major. sedih gile time tu. dah tu lps habis operation, jaga dia kat wad ampang puteri tu, time kena buat dressing, sy yg buat sbb my mom takut tgk jahit2 tu haha. thankfully beliau dah sihat walafiat skang xD and ntah knp, makanan kt situ mmg sedap. org sakit mmg xselera nk makan, kita2 ni ha yg tukang makan lebih2. bahaha

Nadia Nor said...

ni my first time, tu pun takdelah stay overnight sebilik ngan patient :( but still, new experience duduk hospital!

haaa pasal makanan! betul weh, member-member pun cakap, kalau pegi hospital, konfem kita yang melawat ni yang enjoy makanan tu 8D *tunjuk diri sendiri*