Monday, October 4, 2010

rumah terbuka @ Arcadia

short entry untuk event hari ini :D

10 minit, diulangi, SEPULUH MINIT, lepas bangun tengah hari pagi tadi, telah berlaku perbualan telefon sedemikian :
Ubay : Nadia, ko ikut pegi open house Mama ari ni tak?
aku : ...ha? oh ari ni eh? naklah.
Ubay : haa jom ah; kitorang kat visitor parking (Village) ni.
aku : -- HAH?!
Ubay : 'hah' apsal?
aku : weh korang tipu kan -- ?! (padahal dengar suara Nik kat sebelah Ubay)
Ubay : nak tipu watpe? kitorang sampai sini dah laa.
aku : ehhh aku...aku baru bangun ni!
Ubay : lerrr -- pegi cepat siap, kitorang tengah tunggu Mamat pun ni.
aku : ok ok ok aku siap cepat! *rush*
(btw, Mama adalah aunty MSD -- Malaysian Student Dept -- yang responsible ke atas students di CA ni :3)
setelah bersiap dengan cekapnya (kononlah cekap), kami pun geraklah ke Arcadia.

turns out kami budak Cal Poly adalah antara group terawal sampai hohoho.


Photobucket
amek makan amek makan :D
itu Munirah, Farah, Mamat.
belakang pulak Nik (tersorok) & Amir.


Photobucket
kononnya artistiklah kan amek gambar camni.


Photobucket
duduk dan seranggg makannn :)


Photobucket
fish fish
awww cheesy gilaaa XD
apsal nampak cam terapung eh stroberi & ikan nih? O_0;


time makan tu Mama & Auntie Ana ada bagitau pasal satu event yang akan take place weekend ni, Jumaat & Sabtu -- event tentang entrepeneurship stuff, buat kat this one hotel (Marriott? entah) di Anaheim. sesape join akan dapat $100 sorang HAHA.

ya, bukan bayar $100 sorang; tapi dapat $100 tersebut.

maka, seperti yang anda semua sedang fikirkan, aku sign up lah kan *muka kejam*. lagipun weekends bukan ada buat apa-apa pun. plus, Uncle Azli (Papa, Mama; Nadia finally jumpa Uncle Azli ari ni haha :D -- Uncle Azli adalah our neighbor di BSS. beliau baru start kerja kat MIDA -- Malaysian Industrial Development Authority -- kat sini around awal tahun ni) kata elok join ngahahaaa.

then borak-borak-borak (akhirnya jumpa pun Elly! siap boleh bercerita-pastu-gelak-tak-ingat-dunia lak tu HAHA), around 4:30 pm gerak balik. singgah The Crest amek barang yang still tak amek, bawak balik Village. pastu boleh pulak kitorang ngan Izamil somehow buat konvoi pegi bank/WinCo nak carik kek untuk budak junior (diorang nak selebret birthday someone) 8D

lepas balik Winco, duduk melepak The Crest kejap; diorang nih main Street Fighter sambil aku sambung baca komik One Piece (tapi dalam english feeling de tak sama sangat ngan baca dalam melayu...oh well). dalam 8:45 pm gerak balik Village.

kemas-kemas-kemas, siapkan report, then kat sinilah aku sekarang. tengok-tengok jam --



12:34 AM.
1234 -- cool gila! 8D



so yep. tu je untuk ari ni.
pic spams untuk events lalu...nantilah XD


/nadia yang srsly nak ke Universal Studios.

3 comments:

Al-Fikr said...

strawberi+ikan? (adakah itu kuih baulu?) itu sngt cnatik +menarik....best

wani ezryl * said...

eh yelah!! ikan2 dgn strawberi tu nmpk terapung!! 8D kenapakah??!

Nadia Nor said...

fikri : yep itu bahulu :D

wani : tulah kan! prolly sebab tak nampak bayang-bayang?