Monday, October 11, 2010

mahu spaghetti 2 pinggan besar boleh?

hello korang!
wiken abes sudahhh. dan lab report aku akhirnya siap yey! tu pun lepas bukak blogs, Facebook, Twitter, tido, tengok vids, layan juniors kejap ngahaha (bajet nak tunjuk yang aku nih senior yang baiklah konon). kalau tak buat semua tu dah boleh siap 5-6 jam lepas kot.

eniwei, wiken baru ni aku telah menyertai satu program seminar enterpeneurship anjuran MITI (dan beberapa organisasi lain yang aku tak sure abbreviation mereka apa) & co. seminar tu berlangsung dari Jumaat - Sabtu di hotel Hilton, Anaheim.

ada gambar-gambar, tapi seperti kebiasaan blog ni kan -- akan ditunda ke hari lain. kalau boleh nak amek gambar-gambar dari kamera Elly dulu. we'll see how it goes :3

preview dari seminar tersebut :



muka-muka tak profesional pada closing dinner, malam terakhir seminar hahaaa.


- - - - - - -


oh dan beberapa wishes!

tahniah Ily & Shafique atas kelahiran the little princess pada 9 Oktober lepas! kalau lewat sehari dah boleh sama birthday ngan Athif ngee insyaAllah balik Malaysia someday akan tengok anak buah ituuu yeeey

tahniah kepada semua yang telah konvo dan bergelar graduan! aku jeles lantas tidak mahu tengok gambar grad korang kat Facebook lalala esp Fuzie, Yun, Pujot, budak ABIM & SMASKP semualah :D sila cepat kerja, dan sila kumpul duit gaji untuk : a) majlis kawen, sebab nak makan free, dan b) belanja aku makan, sebab nak makan free. okeh? hahahaaa but srsly -- TAHNIAH KORANG!

happy birthdays kepada semua budak Oktober!


tu jelah kot untuk ari ni. mahu sambung main screencap -- uh, maksud aku -- tido, ada lab esok. hoho. selamat malam! atau selamat siang kepada korang kat Malaysia at this time :3


/nadia yang baru sedar beliau makan roti telur 2 keping & pisang, dan minum Milo je ari ni.

No comments: