Monday, September 27, 2010

hari pertama sekolah yey

...gila, dah tunda bape hari nak taip entry ni XD;
3 hari lepas dah taip 80%, pastu mengantuk; weekend pulak takde internet.
maka hari ni jelah update.


- - - - - - -


Khamis, 22 Sept

dah selamat tiba di tanah Amerika!




cerita pasal pengembaraan mini LAX - BKK - KUL tu nantilah buat. cam tak biasa ngan cerita tertangguh aku kan? ngee.

terima kasih atas doa korang semua, syukur Tuhan bagi lagi masa nak tengok dunia ni :)

lepas sampai kat LAX, Amir & Ubay jemput. since time tu dah kira agak lambat, maka aku tak rasa ada CA (Community Advisor -- cam 'pengawas' aa) yang jaga kat Rec Center untuk aku amek kunci dan move in malam tu jugak. aku pun menumpanglah semalam kat rumah The Crest, cop kat sofa living room depan tv. last-last tertido depan tv sebab bajet gagah takleh tido hahaaa.


- - - - - - -

Khamis, 23 Sept

hari ni hari pertama untuk quarter Fall 2010!

oh right, sambung dari malam tadi --
terbangun pukul 4 - 4:30 pagi, sebab hidung tersumbat dan tak selesa nak tido (bernafas ikut mulut adalah tak best! D:), tambahan lagi perut tengah buat rehearsal pulak, ada sound check tuning bagai semua. aku pun amek laa Nestum ngan Milo, bancuh dan makan (hanya tambah air ♪). amek buku Insider's Tokyo (RM10 sahaja!), baca baca baca sambil hirup Miltum (entah laa nak panggil apa), then Nik bangun, terkejut tengok aku kat dapur tengah cuci cawan haha. awal gila bangun -- Nik kata trafik boleh jadi congested jugak time awal pagi camni. lepas Nik dah pegi kerja tu, sambung baca baca baca, dah sampai mukasurat 99. gila hebat aku rupanya.

lepas tu macam tido balik kejap -- pastu turn Ubay pergi kerja -- pastu sebab taktau nak buat apa, bukak TV tengok channel NHK. entah apa yang aku tengok pun aku taktau. then second round Miltum. then sambung lagi tido. then bangun mandi. then sebab rasanya time untuk si Amir hantar kereta sewa balik macam dah nak dekat, call de; rupa-rupanya dia baru bangun. ces. tunggu laa dia datang, pegi tempat sewa kereta sebab tetiba de nak extend sewa sampai esok. lepas abes urusan de, angkut important stuff balik Village, kemas-kemas-kemas, pergi kelas pukul 4:00 pm.

sumpah tak ingat apa-apa yang lecturer cakap dalam kelas time tu; kalau boleh nak lelap terus dalam kelas. tapi --





-- HAHA. ya sila jangan jadi creepy stalker dan amek gambar orang tanpa izin ya, murid-murid.

lepas kelas, beli makanan (rumah takde barang dapur lagi) dan straight balik rumah. lepas maghrib camtu, CA block kitorang datang introduce diri, dan bagi kitorang cupcakes yang de buat sendiri :3



cinnamon cupcake! Xd


malam tu pegi The Crest nak amek lagi sket barang; lepak kejap situ tengok Nik main game Dead Space (game genre slasher/horror lebih kurang). balik rumah, ingat nak terus update blog, tapi lagi sekali mata ni tak sabar-sabar nak tutup.

just to find out yang aku lupa amek bantal. GAH.
tido berbantalkan selimut-selimut; selimut tak guna pun sebab dalam bilik panas (AC tak function somehow; housemates lain pun kata bilik diorang panas).


- - - - - - -


Jumaat, 24 Sept

pagi pegi sekolah nak mintak signature advisor senior project kitorang, tapi sebab ada sorang member tak datang, tunda ke Isnin. cis. penat je meredah kepanasan semata-mata untuk sesuatu yang tak jadi =_=;

around maghrib, Laily datang, then ke rumah Kak Irni. stay sampai ari ni, Ahad.
sekian.


- - - - - - -

gambar-gambar nantilah. malasss. haha.


/nadia yang still takde drive nak pegi kelasss.

No comments: