2010.07.21, Rabu
@ Galeri Petronas, KLCC
first time masuk galeri ni! hari tu nak masuk, tapi dia tutup. meh.
sebenarnya takleh bawak masuk kamera/takleh amek gambar dalam ni, tapi sebab aku nampak ada group budak sekolah depan aku bawak je SLR diorang , aku pun konfiden je bawak kamera. alih-alih kena tegur dengan pakcik guard dalam galeri tu haha.
rupa-rupanya group budak sekolah tu budak Art (lebih kurang camtu aa), dan diorang dah dapat permission untuk bawak kamera diorang. maka korang, kalau nak jugak amek gambar, sila memandai amek gambar sorok-sorok ;D

arca kapal terbang/burung besi (kot) kat pintu masuk.
kalau korang on Bluetooth kat tepon, korang akan dapat free gift!
aku taknak bagitau, cuba sendiri okeh ;D

display paling menyeramkan kat situ =_=;
(tapi cool sebenarnya)

robot ni, kat skrin kepala tu tunjuk video mata semata-mata (no pun intended).
SERIUS SERAM.
skrin belakang tu, dari projektor kat belakang aku, tunjuk beberapa adegan berkaitan peperangan kalau tak silap.

kat exhibit pasal buku cerita kanak-kanak kat belakang.
sini pakcik guard tu tak lalu hee.

comel gle singa afro HAHA.
nak jadik sorang yang terkenal jugak aa camni.
tak pun, nak jadik sorang yang boleh inspire orang lain.
cam cool je.
/nadia yang suka tangguh kerja tapi ada hati nak jadi femes.
2 comments:
kalau di galeri, tgkp sj gmbr curi byk2!! xD
tak reti amek gambar cara spy lagi hohoho~ tapi art gallery menarik :D
Post a Comment