ni update khas untuk korang sebab sebenarnya saya dah kena sambung balik stadi ni hahahaaa *headfloor* tapi demi korang
isnin
cuti President's Day; takde kelas yeeey!
tapi pegi sekolah jugak sebab ada group meeting. lagi. haish =_=;
at least kerja sekolah yang due Rabu siap ari ni \m/
selasa
petang tu ada field trip untuk kelas Air-Cond.
'lobby' building 17 (Engineering building), tempat kami berkumpul untuk tour sistem HVAC (heating, ventilation, & air-cond) building ni.
ohai.
tengah dengar short explanation pasal sistem HVAC dari Mark.
lihatlah muka girang Chris untuk mensabotaj suis building 17 ni.
ni kat bahagian control and stuff, somewhere atas bangunan.
kitorang atas atap :D
exhaust vent dari chemical engineering lab 8D
ini kelas kami
entahlah apa yang diorang buat kat situ
sukati je men bukak-bukak mende tu haha...
then lepas short tour ni, kami baru diberitahu yang field trip ke Frontier Project tu telah disahkan dan malam ni jugak kitorang kena/boleh pergi. WTF. 'WTF' sebab transport sendiri.
nasib baiklah dapat markah kalau pergi trip ni; kalau tak rasanya dah balik umah baca komik...*koff* nasib jugak ada classmate yang boleh tumpangkan. in any case :
Frontier Project tu, dalam explanation paling senang, adalah satu projek di mana satu 'rumah' ni dibina dengan fully utilize natural resources; cam smart house aa. (sebenarnya tu je yang saya paham pasal umah ni haha...)
ini lobby rumah tersebut.
kitorang dibawak tour keliling rumah ni.
ni kat tingkat atas, kawasan ofis.
ini tangga, di-snap dari atas bumbung :D
yep, kitorang naik bumbung XD
(apparently kawasan bumbung ni sangat cool dan boleh jadi tempat berparti dan dating AHAHA)
rupa bangunan ni.
cool kan cool kan?!
time ni konsentrasi saya dah melilau entah mana.
so tak dengar dah apa tour guide tu cerita...
another view.
SEBAB CANTIK SANGAT.
tangga, dari bawah
kat depan bangunan
siling dia kayu!
ah teringat cafe Boh kat Cameron :D
then lepas trip terus balik sekolah, pegi library sebab...yep, another group meeting.
see, leceh kan kelas Stress Analysis kitorang? GAHHH.
btw, ini Kyle dan Khieu.
(Cesar kuar pegi mana entah time ni.)
rabu
ari nilah progress presentation untuk kelas yang kitorang asyik buat meeting tu.
kitorang second group yang present. dan lepas present tu rasa cam beban yang sangat berat terus hilang AHAHA. bayangkan betapa saya tak suka project camni.
group Bernard tengah present.
ni kelas Finite Element Analysis pulak.
dapat balik midterm result; dan rata-rata kelas kitorang rasa midterm ni langsung tak best hahahaaa waddehell.
Kenji, James, & Bernard bukan dengar pon lecture.
dan yourstruly pun tak dengar sangat, apparently...
serius, time ni sangat mengantuk.
khamis
cam biasa, lepas assignment untuk lab Finite Element abes (assignment kali ni agak kompleks =_=), sambung buat 'data-entry' untuk lab Air-Cond. dan officially part saya dah SELESAI! YATTAAA. mamposlah korang James, Paul, & Isaac nak sambung hahahaaa
aa...balik tu, Joe call. dia tanya : "nak ikut pegi kedai sports tengok but snowboard tak?" (but dialah, ofkos)
eh mestilah nak ikut. minggu ni punya beban dah selamat abes~ hohoho.
tengok snowboard semua sangat canteeek. $95! WAAAH MAHUUU. ada satu board tu design de corak cam yakuza AHAHA -- ranting-ranting bunga sakura ngan stroke Japanese :D tapi nak tunggu time off-season, mana tau boleh dapat package deal kan...wahaha berangannn.
tapi in the end Joe tak dapat pun carik but yang best.
jumaat
pagi itu terdengar housemates, Elizabeth & Kari, borak depan pintu.
si Elizabeth tu memang banyak songeh de nak bincang itu ini. tapi dia tak bincang ngan saya sebab saya antisosial dan selalu mengelak nak berdepan ngan dia ahaha. psh.
eniwei, masa nak buat breakfast pagi tu, nampak note ni kat stove :
saya taknah cerita pasal umah sini kan? haa ni meh saya cite sket, the condensed version khas untuk isu berkaitan nota tersebut :
umah saya ada 4 penduduk -- saya, Katie, Elizabeth, Kari.
Katie jarang ada kat umah; in fact rasanya dia ada kat umah ni dalam 2-3 ari je seminggu.
Kari selalu ada kat umah, tapi jarang balik untuk makan apa semua. kira dia balik untuk tido dan mandi je.
Elizabeth, dia memang selalulah ada kat umah, dan 99% of the time she's here dia kan bawak boyfren dia sekali. DAN mereka berdua selalu kongker living room tengok tv. DAN, dia juga selalu kongker dapur untuk 3 kali sehari.
saya? selalu kat umah, tapi duduk dalam bilik menghadap komputer, dan kalo buat keje semua kat library (sebab tau kalau duduk dalam bilik konfem takkan buat). masak sekali setiap 2-3 hari. breakfast hari-hari, tu pun bakar roti dan masak air (masak air guna microwave je huhu).
persoalannya sekarang : siapa yang ada probability paling tinggi untuk membiarkan dapur dalam keadaan tunggang-terbalik dan tak terurus?
btw, nota tu ditulis oleh Elizabeth.
t/hari tu, lepas balik dari kelas, Kari tanya : "eh kau baca dah nota ni?"
"dah."
"konfem kau tau sape yang tulis kan?"
"yep."
"weh dah tak tahan okeh nota-nota camni. frustrating gilaaa."
time tu aku cam : "oh bukan aku sorang je yang rasa camtu hoho."
"dia suruh kita kemas lepas guna dapur; tapi siapa yang paling banyak guna dapur apa semua? dia aa kan?!"
"haah. pastu selalu lepas dia guna mesti biar camtu je."
"tu aa. takkan kita nak kemaskan sepah dia pulak kan?"
"kita kemas sepah sendiri sudah aa."
"pagi tadi dia cerita aa yang 'asyik aku je yang kemas dapur' etc etc kat aku -- dah tu, kalau kau yang guna, mestilah kau yang kemas kan?"
"yep yep."
dan kami rant sket pasal Elizabeth dan sikap 'miss perfect' dia HAHA. wah tetiba rasa seronok pulak sebab taknah tau yang si Kari ni pun agak angin pasal perangai Elizabeth yang ni.
we'll see how it goes, eh >:D
malam tu ada meeting MySA. which started way later than the said time; biasalah, Malaysians. lepas meeting duduk melepak umah budak-budak ni, aka umah Malaysian kat Village ni. bukan buat apa pun; tengok tv, borak-borak (boleh pulak masuk cerita Perkasa Baja Hitam, Gaban, Ultraman semua wtf).
kat Community Center tadi diorang buat program pasal Sex Ed or something...dan diorang kasi mende ni free. SCARY.
namanya Amy.
sebab diorang ni kata muka de macam Amy Search AHAHA
nilah rupa baby okeh. duh.
...apsal tangan aku cam sangat seasoned nihhh
sabtu
oh did i tell you gaiz that i have a bike nao? :3
beli dari Joe :D
ngan ada beskal ni jadik rajin aa sket nak pegi library kalo nak buat keje skolah semua time weekend. kalo tak haram tak sentuh pun; sentuh bila dah kritikal je.
ahad
langit kat sana sangat gelappp
cam nak ujannn
(tapi nasib baik tak ujan sebab saya naik beskal pegi library ari niii)
stadi kali ni lebih progresif dari semalam! YATTA
dan saya bukan maksudkan contengan tersebut okeh.
- - - - - - -
aaa dah masuk minggu terakhir Februari! CEPAT GILAAA.
secepat Nadia membaca komik CROWS sampai chapter terakhir kat OneManga! (bukan chapter terakhir in the series!) eh lame gila lawak ni, ish.
apa pun, minggu ni banyak dugaan!
midterm, kuiz, homework x 5 (tu termasuk hw yang di-postpone sejak 2-3 minggu dulu...); dan mungkin akan snowboard lagi! YES!
so til then yo, ja mata :D
/nadia yang memang kena sangat sambung stadi nih.

5 comments:
lawalawalawalawalawalawalawalawalawalawa
:) happy snowboarding..!
atas bumbung tu da mcm dlm rancangan america's next top model dah. haha
ye, baby tu scary & kelakar jugak sbb korg panggil dia 'amy'.. wahahah
alahai elizabeth tu. harapnya dia buat note tu sebagai peringatan utk diri sendiri.. dah dia yg tukang sepahnya tu kn :P
haha. housepolitics. i loikeeeeee. haha.
ko masih belum tgk nota2 mcm tu kat umah aku, nanti aku post. :p
naim : yeyeyeyey lawa! ...eh wait what? 8D dah YES KAMI AKAN HEPI! XD
wani : lol ehhh yang manakah ANTM?!
dan Amy...aa scary sebenarnya waha!
moe : i haaate =_=
- WTF! ade UAV Global Hawk
tergantung dalam bangunan? serius
jeles!
- Ceh, ingatkan dah beli jacker
Adidas tu...
Post a Comment