Friday, July 17, 2009

late post : Ocean Eng. class to Catalina

continued untuk siri Late Post.


kelas Ocean Engineering kitorang ke Pulau Catalina ari tu, macam buat field trip lah. kitorang berkumpul kat Southern California Marine Institute (SCMI) sebelum naik bot dan bertolak ke pulau tersebut.

masa tengah tunggu semua sampai, sorang instructor ni bawak kitorang yang ada pegi tengok beberapa hidupan yang diorang simpan bela dalam tangki sebelah bangunan institut ni. banyak gak laa mende kat dalam tangki-tangki tu : tapak sulaiman bersaiz dua kali ganda besar dari tangan aku sendiri; ikan-ikan yang kalo korang letak tangan korang atas permukaan air untuk a few moments, diorang akan terkam ikut suka ati; sekor sotong yang sangat bijak (dan juga deadly), de boleh bukak penutup botol yang korang guna untuk simpan de. menarik kan?

bila sume dah sampai dan amek attendance, kitorang pun naiklah bot tersebut.
side note : kalo sebut 'cruise', aku terbayang kapal besar macam cruise liner tu. tapi tu sekadar bayanganlah kan.
kitorang bukan sekadar duduk melepak atas bot tu (well, mostly lah), tapi kitorang kena amek bacaan GPS dan masa kat beberapa point sepanjang perjalanan ke Catalina. dan kat 2 points, dalam dan luar port, kitorang kena amek bacaan pH air, 'ketelusan' air, dan beberapa lagilah yang aku dah tak ingat. nanti kitorang kena buat report. boo.

halfway tu aku ngantuk dan pening, maka aku baring kat deck tu dan tido. ada gak budak lain tido kat situ, secara terbuka bawah pancaran matahari lol. best weh tido kat deck.

kami sampai kat Research Centre kat Catalina tu setelah lebih kurang 2+ jam atas bot (gile lama). kami dibawa pegi dining hall untuk makan tengah hari dan lepak kejap. time nilah masa terbaik untuk sesape yang mabuk laut secara kejam (lecturer included) dapat menenangkan diri secara fizikal dan mental haha.

kemudian kami dibawa masuk ke lecture hall untuk dengar lecture...pasal camne Pulau Catalina ni terbentuk, and stuff. mainly pasal pergerakan bawah bumi dan camne seluruh dunia ni dulu adalah satu benua, dan berpecah kemudiannya. entah apa kaitan ngan ocean engineering, itu aku taktau. serius. <-- sila jangan ikut contoh ni.

lepas lecture, aku ngan beberapa classmate merewang ke satu tempat ni, diorang simpan hidupan laut dalam akuarium-akuarium untuk research. aku jumpa timun laut albino! (korang imagine gamat tu kaler putih. menarik?) ada sorang research student kebetulan lalu situ dan explain sket-sket pasal mende-mende tu. oh, ada gak jerung kecik yang rasanya cam tak bape friendly ari tu.

then kitorang turun ke tempat kitorang sampai tadi, di mana budak lain sume tengah dengar sambungan lecture sket pasal formasi batu-batan pulau tu. aku bukannya dengar pun. aku tau tengok bawah jeti tu, ada batu karang cantik. tu lagi best.

pastu kitorang pun boarding lah kapal tu balik untuk balik. separuh perjalanan tu aku tido, sampai sunburnt muka. padan muka aku, hahahaaa.

demikian sahaja untuk cerita hari ini.

/nadia yang taip entry ni semalam.

2 comments:

wani ezryl * said...

wohh mcm xpernah dgr sgt psl ocean engineering, tp bunyinya mcm menarik! xD

Nadia Nor said...

ocean engineering blaja pasal ocean stuff...ahaha. cam pasal laut in general, and pasal engineering technology yang digunakan kat laut, cam submarine tu. tapi takdelah detail :3

honestly, memula rasa menarik, tapi lelama bosan HAHA (sebab klas petang~ ngantukkk)