Aku dah sampai negara tempat tumpahnya darahku
Ya, ubat demam.
Sebab aku mula selsema lepas landing kat KLIA semalam. Kurang ajar kan? Datang time aku sampai Malaysia masa tengah rancak isu irus H1N1 jahanam tu. Haih. Tapi mengikut deduksi aku, selsema ni disebabkan perubahan cuaca dan juga kualiti udara kat sini yang nampaknya agak berjerebu. Aku tak tipu, sini jerebu weh.
Dan benarlah kata-kata cik Laily, bila sampai Malaysia rasa cam panas gila mengada-ngada. Serius aku rasa cam nak menangis je menahan kepanasan yang bercampur sekali dengan kadar kelembapan yang tinggi negara tropika ni. (Wah, exaggerate melampau nampak?) OK aku tipu, takdelah sampai rasa nak menangis, tapi dapatlah rasa beza cuaca kat sini ngan kat sana.
Apa lagi ek. Oh ya, komputer Vaio kesayanganku, untuk alasan yang tak berapa pasti, takleh connect ngan internet rumah ni! T_T Kononnya nak configure malam tadi tapi sebab aku pun dah selamat menidurkan diri kat sofa depan tv dalam lebih kurang pukul 10 malam, maka sampai sekaranglah Liberitus tu duduk diam kat meja sebelah ni. Maka takdelah gambar-gambar nak disertakan ngan entry kali ni. Sorilah korang, kasi mata korang terseksa ngan huruf-huruf yang super banyak kali ni. Wahaha. Lagi satu, YM kat komputer ni tak stabil, so...Facebook jelah kot?
Selain dari selsema ni, yang lain semua ok je. Kecuali aku disuruh untuk mengkuarantinkan diri sendiri kat rumah oleh mak aku. Maka, kepada member-member yang ajak aku keluar Khamis ni atau ada plan nak ajak aku minggu ni, aku mintak maaf sangat-sangat sebab takleh ikut! D:
Orite takat ni jelah. Ubat dah memanggil.
/nadia yang ada qada' baca komik Budak Getah dengan banyak!
5 comments:
Hah, told you already.
The weather isn't so good beb!
semoga cepat sembuh drp keselsemaan. nnti boleh beriangria di msia.. ke themepark, mari!!
tc.
Get well soon! lol~
-ubay-
Dah baik selsema ke? kang xde mood nak jln2 msia, nnt kirim salam kat shazwan kalo jumpa dia nnt
Post a Comment