Sunday, June 14, 2009

commencement, check-out, dan makan!

korang korang korang~
saya rindu korang AHAHAHA *koffkoff*
meh saya ceritakan apa telah terjadi pada hari Sabtu yang mendung ini~

pagi tadi adalah graduation commencement untuk School of Business Administration, dan kami serumah hampir terlambat untuk pegi nak tengok Izwan. tu laa, sape suruh letak commencement awal pagi wakaka tapi kami cuma terlepas procession grads ke tempat duduk je! kira kami LUCKY XD

hari ni attendance para visitors agak ramai, dah nak penuh semua seats. semalam separuh je, tapi tu mungkin sebab semalam Jumaat, hari kerja kan. dan dengan berakhirnya commencement Izwan ni, maka berakhirlah sesi grad untuk the Retardz tahun ini~
tahniah korang!!

mereka di jalan yang sesak ngan para graduan!

lepas commencement, kitorang semua ke old stables untuk sesi bergambar XD
gambar-gambar semua akan upload one day nanti, bila dah abes collect gambar dari semua okeh!

then lepas dah abes sesi tu sume, kami pulang ke rumah. Shafa and family ngan Elly ke area Hollywood nak bawak parents Shafa berjalan, sementara saya ngan Laily tinggal umah sebab :
1) ari ni last day nak check-out dari Village, dan
2) kemas barang dari bilik sume, in case ada orang datang check.

dan saya pun telah mengemas (hampir) semua barang saya.
akhirnya bilik kami telah jadi seperti demikian :

belah kanan, katil Nadzirah.
ngan barang-barang saya ngan Elly sebenarnya tu, tu yang nampak banyak gle hoho.

belah kiri, katil saya yang super-lonely.
world map tu lupa nak bukak, still ada sekarang ni haha.

view meja sekarang.
banding dengan view dulu :

-- kan ke meriah meja dulu? geh.

dah abes kemas barang sume, baru Zuhur dan buat laundry.
then lepak rilek-rilek kat umah. finally dapat catch up perasaan cuti ni! entah knape selama ni rasa cam tak stabil je sejak abes exam ari tu. tapi ari ni kira cam recharge emosi dan perasaan! wakaka poyooo XDDD

maka saya telah buat sesi mini-photoshoot!
kebetulan kiriman wani e. dah sampai! YEY
terima kasih banyak-banyak wani!
I LOVE THE STUFF VERY MUCHHH ♥

intro : pastilah kucing putih kegemaran anda 8D

studio mejaku yang kesunyian.

memperkenalkan dua karekter baru di studio meja!
cik rock climber dan Nohohon pink XD
(ya, nama makhluk tu Nohohon 8D)

si kucing putih bersama rock climber :3

cool lah figura niii mane ko jumpa wehhh~

Nohohon berbangga dipamerkan sedemikian rupa.

last parting shot before we go~

lepas photoshoot ni, pegi laundry lagi skali.
then Nik call, ajak saya ngan Laily makan kat umah diorang -- mak Izwan buat sup tulang XD
kami pun pegilah ke sana sebab kami tak buat apa pun kat umah kan. at least kat umah diorang boleh makan reramai, takdelah rasa sunyi sangat. (takat ni dah berapa kali saya gune perkataan 'sunyi' ni?)
dan memang nasib kami baik, selain dari sup tulang, ada jugak buat ikan sweet and sour Xd ohoho mata saya telah bersinar-sinar kegembiraan nampak ikan tu. ehehe muka tebal sungguh! tapi memang seronok makan reramai sebenarnya :D plus kalo dapat kpale ikan tu, ratah sampai licin XD ya, muka tebal, saya tau~

abes makan borak sume, kami pun mintak diri nak balik sebab ayah Izwan pun dah mengantuk duduk kat depan tu. so then, kat sinilah kami sekarang, balik ke rumah.

demikianlah hari Sabtu saya!
sekian makaseh!!

/nadia yang merupakan penduduk Village secara tidak sah!

3 comments:

wani ezryl * said...

sy sukakan gmbr meja study ko yg before and after tu!! xD nmpk sungguh perbezaannya! ahax

figure tu beli kat kedai yg jual vinyl2 *ohlupanamakedai!* mulanya nk carik yg ada pegang snowboard *ye, sy bukak semua kotak yg ada situ semata2 nk carik isinya! lolx. nasib budak kaunter tak mengamuk HAHA* pastu yg snowboard da xde.. dang! :P and i chose the rockclimber finally.

ikan sweet sour!! WAHHHH~ *mode lapar menjelma*

Nadia Nor said...

beza sangat kan? @w@;

dan...WAH sangat ekstrim : bukak kotak tu sume! nasib tak kena marah! 8D terima kasih for the awesome gifts, masa dapat tu serius, sengih lebar rasa nak melompat-lompat je! *tidak exaggerate, ini adalah benar*

BEST WEH IKAN SWEET SOUR TUUU~

tangonovember said...

GAH!
gamba first sangat cantik!!
Bila la aku nak anta kamera aku gi repair ni!?