terus-terang saya cakap,
saya tengah melarikan diri dari tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar sekarang.
yakni saya sebetulnya kena stadi untuk kuiz Vector Dynamics esok, tapi sebab kopi tak kick-in lagi (alasan!) maka saya amek kesempatan ni untuk me-random-kan diri buat sementara waktu.
seperti yang anda tahu,
atau kalau anda tak tahu, meh saya bagitau :
saya agak tertarik dengan gitar.
sebenarnya saya senang tertarik ngan banyak benda, tapi tu cerita lain.
anyways -- gitar.
kenapa gitar? kenapa bukan drums ke, bass ke, saksofon ke, kompang ke?
ah saya juga minat gamelan, angklung, piano, violin, tapi tu pun cerita lain.
senang je jawapannya : kalau dalam band, gitarislah orang yang paling menonjol selepas vokalis, betul?
dan lumrah manusia mudah tertarik dengan perkara yang paling menonjol, unless kalau seseorang tu dah mendalami perkara tersebut dengan lebih lanjut. dalam erti kata lain, untuk contoh band muzik, kalau dia dah tau selok-belok alatan muzik dan muzik in general, dia akan tau lebih mengenai kelebihan dan kekurangan setiap sesuatu, lantas dia boleh suka terhadap sesuatu yang not necessarily in the front line -- macam instead of guitars, dia akan suka drums atau bass; boleh jadi juga dia akan suka the backstage setup atau the management of a band.
panjang pulak explanation. tapi tu sume cerita lain, unfortunately.
berbalik kepada muzik dan minat terhadap gitar.
saya tak kenal banyak band atau kenal variasi muzik yang luas.
kepada yang kenal saya, anda akan tahu yang saya lebih tahu tentang rock Jepun (J-rock) dari genre lain, tak kiralah muzik barat ke, muzik tempatan ke. haha. lupa daratan sungguh.
selalu gak orang tanya : "kau paham ke apa yang diorang nyanyi ni?"
kepada mana saya akan jawab : "internet kan ada, cariklah translation nanti" atau "tak pun, tapi lagu de best~"
which brings to this : muzik tiada sempadan bahasa.
music has no language barriers. well except foul language, which includes racism, swear words, hate words. but those are, again, another story.
sebenarnya kalau tak faham apa yang diorang nyanyikan tu yang membolehkan kita dengar bunyi instrumen dengan lebih peka. untuk sayalah.
oleh itu, bunyi instrumen yang paling senang untuk saya tumpukan perhatian padanya adalah tentunya bunyi gitar. lead guitar, to be precise.
tertarik dengan bunyi gitar yang signifikan (= 'significant' diMelayukan haha) dalam sesuatu muzik, dan guitar solos yang super-menarik, saya rasa semakin kagum dengan bunyi gitar dan kebolehan gitaris-gitaris, tak kira amatur mahupun pro, yang boleh membawa bunyi tersebut.
(mangkuk gila ayat...buat-buat paham sudahlah.)
dari situ saya pun terujalah nak mengetahui dengan lebih lanjut the techs behind guitars.
kadang-kadang pegi website brand gitar tersohor (sebab taktau banyak brand, takat ni tau Fender, Gibson, ESP/LTD je) nak tengok specs and stuff walaupun tak faham apa yang dia kata kat situ.
tapi lama-lama taulah jugak sikit-sikit, dengan info dan tunjuk ajar dari member sume yang tau dan berpengalaman pasal gitar.
macam sekarang saya faham sikit apa itu single coil and double coil pickups;
dapat tau yang kalau single coil tu bunyi dia lain dari double coil;
dapat tau yang sensitiviti pickups semua adalah berlainan -- ada yang boleh produce crisp and clear sounds, ada yang tak;
dapat tau yang kita boleh guna toneswitch untuk pilih kombinasi pickups yang kita nak -- ada banyak possibility, bergantung kepada gitar;
baru tau yang kalau lain amplifier, lain bunyi yang dihasilkan;
pernah terlintas pasal steel acoustic (string biasa kat gitar akustik) dan nylon-stringed acoustic (Spanish guitar?), dan bunyi mereka berlainan;
baru tau yang tuning untuk setiap lagu tak semestinya sama, in fact ada yang kena tune lain-lain;
dan...tu je laa kot yang saya tau untuk sekarang.
saya taktau pun main gitar, sebenarnya.
tapi the tech stuff is interesting. wahaha.
ke mana arah entry ni sebenarnya...
apa pun, tulah dia, gitar untuk saya adalah menarik.
sekian makaseh.
kalaulah minat Nadia kat sekolah pun sama cam minat de kat mende ni...*headdesk*
okes kena berenti sekarang. notes Vector Dynamics dah memanggil.
sori dah lama tak post pasal real life happenings, kat sini lately takde perkara menarik. takde gambar baru pun nak diletakkan. tu sebablah kebelakangan ni post banyak random dan takde tema langsung, wakaka XD
hai hai going now.
/nadia yang akhirnya rasa 'awake' setelah beberapa jam rasa tak betul lepas bangun tido pagi tadi.
8 comments:
nadia..belikan aku gitar..
hehehehe..
kalo ko bagi duit, aku belikan ar. hee.
wah penerangan ttg gitar yg menarik! walaupun ko x 100% tau men gitar, still semua benda ada permulaan kn? xD ko mulalah dgn pengetahuan basic ttg gitar camni.. then slowly adapt and belajar men dgn awesomenya. good luck! ^^
hahaha..xde duit r.xpe2.bak kate wani..suh ko belajar men guitar.
pas2 balik men guitar tuk kitorang.
hehe.
..............gi... wat keje.... jadi tempat pelepasan i lurve gitar plak. ingat nak tayang aoi nyer glossy en je tadi :p
i agree wit you on the i tak paham lyrics tapi lagu dier best n_n we concentrate more on the music
and i love bass coz im tired of playing a melody instrument all of my life lalala XD kat gamelan pon aq men yang high notes...
yehehe when i read through this post i was like... lalala no wonder reita gave up on guitars XD too many to know of
wani : ohhh! pumped up now! XD
filzah : gle ah nak men gitar utk korang...konfem jadik bahan gelak je kot XDDD
lisa : ah...memang nak tayang the glossy and super shiny ~en~ pun XD; tapi tu kira bonus!
dan wahhh minat bass! apsal taknah tauuu (ke dah pnah tau tapi lupa...?)
waaaaaaakhh~~~~~
lame dah aku tak bace ape yang ko tulis
hahah
thanks to the break!
uhmmmmm mulenye nak cakap i cannot agree more with u on "music has no languages barrier"
then aku nak cakap pasal ni: "kalau dia dah tau selok-belok alatan muzik dan muzik in general, dia akan tau lebih mengenai kelebihan dan kekurangan setiap sesuatu, lantas dia boleh suka terhadap sesuatu yang not necessarily in the front line -- macam instead of guitars, dia akan suka drums atau bass;"
hahah! aku tak tau pun selok belok band or such..tapi dalm band aku suke drum!! y??becoz the drummer (which in my point of view) always the cute silent and mystery guy! hahaha..
then..signifikan tue memang ada dalam bahasa melayu lah! jadi jangan rasa bersalah menggunakannya!=)
ah pasal preference kat position dalam band tu, sebenarnya ikut orang gak kan? XD tapi aku rasa yang tipikal, orang tertarik kat vokalis, pastu gitar kot. opinion akulah.
maknanya ko tak tipikal! wah wahhh~
ade ek signifikan? mulanya memang rasa aku pnah baca somewhere, tapi bila fikir balik...ni memang English pon kan. nak pikir word de dalam BM tak ingat time tu -- AH 'KETARA'!! kan kan?!
Post a Comment