Friday, May 29, 2009

a drawing, then a mini pic-spam.


latest drawing.
konon the Evil and the Good lah.
i like ittt XD
boleh klik kalo nak tengok lebih besar.


ahhh akhirnya siap kerja Thermal Design *phewww*
dah siap dalam sejam lepas, baru laa rasa cam kurang beban kat bahu nih. (padahal tangguh kerja sebenarnya -- boleh je nak buat awal, tapi...tau sendirilah.)
bertahan, seminggu lagi! XD

btw lately playlist saya adalah :
- Pop Shuvit
- Too Phat
- Faizal Tahir
ya kawan-kawan, Faizal Tahir. lagu beliau Batu & Golek dan La Da Di Dum adalah sangat best, sila cuba dengar kalo ada masa! kalo korang boleh dapatkan CD beliau Aku.Muzik.Kamu, saya akan super-sayang kat korang XD

anyhow,
kat bawah link 'Here here here' ni ada update dari minggu lepas beserta beberapa kepingan gambar menemani ringkasan cerita tersebut. antara cerita menarik adalah pergi LAX dan tengok gitar.
dipersilakan!



Rabu, 20 Mei

Mira balik Malaysia malam ni~ saya ikut antar de ke LAX sebab saya takde kelas ari Khamis. sebenarnya kedatangan saya dan Elly adalah tidak diberitahu kepada Mira sebab...entah, tanya Shanida ngan Bad, diorang yang taknak bagitau. wahaha XD


depan terminal untuk penerbangan ke Malaysia dan beberapa flight lain.

lepas Mira dah check-in, kami melepak kat McD as per our usual ritual kalo pegi LAX. dah situ je tempat yang best nak duduk reramai dan boleh makan ngan student budget. order makan pun mende sama je : iced coffee ngan fries, makan reramai. gile meriah kan? tak dengar kitorang gelak cam hilang akal lagi. serius, rasa cam hepi gile je time tu walhal keje skolah berlambak nak kena siapkan ohoho. but we don't get this chance often lately, ngan jadual memasing lelain, pastu susah nak dapat hang out sesame. heheh.


Izwan yang sedang mula berkecimpung dalam arena DSLR.


Mira tengah console Shanida ngan Bad...kot? 8D


Elly, Mira, Bad, Shanida.


Mira nak masuk gate dah~


pakcik baju biru tu, sebab de ternampak saya tengah amek gambar Elly ngan Mira kat situ, de pun tetiba join masuk skali XD gle sporting lah pakcik!

then kami ke satu restoran makanan Thai untuk late dinner/supper, Shanida ngan Badri tak makan lagi time tu. time tu agak dah pukul 12 tengah malam gak rasanya.


sebab saya dah makan sebelum pegi airport tadi, saya mintak Thai iced tea je.

pastu kami ke The Crest, Shanida ngan Bad tumpang buat laundry kat sana. ekeke.
kami lepak situ gile lama, borak panjang takleh blah! taknah borak lama camni. dah laa borak dalam kesejukan malam/awal pagi kat balkoni umah XD


sampai umah dalam pukul...ya, tengoklah kat situ XD;
gile lama kan?
Subuh pun dah abes time ni -- maka saya terus tido dan bangun pukul 12 tengah hari XD

Sabtu, 23 Mei

plan pegi Guitar Center sebab nak tengokkan harga Gibson SG kat situ. lagi plak weekend ni Memorial Day weekend, biasanya ada sale time-time camni kat merata tempat, so sajelah pegi try.

harga Gibson SG ngan fret marker bentuk trapezoid time tu : $1199.99.
harga Gibson SG ngan fret marker bentuk dot biasa : $899.99.
haha...takleh blah laa. memang gitar camni ek harga de?
tapi seronok ar dapat cuci mata ngan gitar-gitar tu sume.

pastu try kat Sam Ash, lagi laa bapak segala mahalnya kat situ. tambah lagi $300-400 kot, kalo tak silap. huish.
lupa nak tanya kalo-kalo ada 2nd-hand guitars kat dua-dua tempat tu. haiseh.


katalog ESP free kat Sam Ash XD
dual-neck ESP ni cam yang Aoi ada...serius 8D

Isnin, 25 Mei

hari nilah Memorial Day kat sini -- the last Monday of May of every year.
sejarah Memorial Day, in short : dating back to Civil War kat sini, Memorial Day ni bertujuan untuk memperingati para askar yang telah berkorban demi Amerika. mereka ni celebrate ngan pegi menziarahi tempat persemadian askar-askar tersebut -- suami, ayah, anak, adik, abang, datuk, kawan, sumelah. so kalo korang lalu memane memorial park kat sini, konfem korang akan nampak tempat tu dipenuhi manusia.
kat setiap kubur ada volunteer akan letak bendera Amerika sebagai tanda penghormatan kat askar-askar dan para pejuang tersebut.

kat Malaysia ada buat camtu ke? hoho.

anyways, ari ni sebenarnya konon ada plan nak ke satu tempat ni yang diorang kata super-cantik time malam sebab lampu-lampu ngan environment de best. tapi atas sebab clashing of schedules maka plan tersebut terpaksa dibatalkan, dan kami ke Anaheim untuk makan malam instead. in short, kami tak buat apa pun time 3-day weekend ni. geh.





suasana dalam restoran Thai yang kami pergi tu.

Selasa, 26 Mei


pokok kat bus stop.

the day ended at around 1.15 pm.
lab Strength amek masa 15 minit je sebab eksperimen sume dah abes, dan ari tu pegi untuk amek balik pre-labs sebab minggu depan ada final exam.

Rabu, 27 Mei

birthday bassist the GazettE, Reita XD


pokok ni dipenuhi bunga kaler purple!
tapi sebab gambar ni di-filter, so...tak nampaklah. sori.

kelas Ocean Engineering, kitorang siapkan ROV tu.


the frame, re-assembly.


yang tengah urut dada (haha) tu adalah group leader kami, Sean.


hybrid racecar, projek Hybrid Development Team Racing or something.ni takde kaitan ngan ROV kami sebenarnya.
kami menumpang workshop tempat teams ni sume bina kereta diorang. ada lagi 2 kereta kat sebelah de tapi lupa nak amek gambar.
cool eh?


mereka sedang glue frame ROV tadi.


sini pulak tengah insulate motors/thrusters ngan wax.


kat tangan Sean tulah the finished ROV~
tengah bincang pasal nak testing mende tu.


close-up ROV kami.
unofficially saya adalah jurukamera untuk ari tersebut.


Sean and Sean haha.


masih figuring out the wiring and buoyancy and stuff.
oh btw ni lab Fluid.


another shot of the ROV dalam kolam.

sebenarnya memula tu saya agak skeptical ngan kebolehan mende ni untuk terapung sebab serius, frame + motors tu super berat! tapi ROV kami berjaya untuk tidak tenggelam ke dasar kolam ni ngan kadar yang super-pantas XD
plus, the motors worked fine, just nak kena buat minor adjustment, then pasang kamera and stuff. yay!

Khamis, 28 Mei

teman Laily pegi klinik/hospital (entahlah yang mana) sebab nak letak cast kat kaki de. Laily telah mengalami kecederaan di kakinya minggu lepas sebenarnya.


tak penah-penah aku nih baca Newsweek -- then ari ni time tunggu Laily letak cast, bacalah satu ni. ternampak link CommonCraft.com, site di mana mereka menerangkan pasal perkara-perkara yang seemingly complicated in plain simple terms XD tak banyak sangat content lagi, tapi so far it's fun and interesting =D


tada~ Laily dan kakinya XD
cast tu boleh pilih kaler weh, Laily kata siap ada kaler shocking pink!
WOW.


flowers on the end of spring.

sekian sahaja untuk kali ini~

/nadia yang kena tido sekarang dan agak happy sebab dapat siapkan kerja sekolah.



6 comments:

Anna Bakhtiar said...

seminggu lg? yeay~~~

akan try cr aku.muzik.kamu tu.
bukan untuk ko.
untuk aku..hehee..

jumpe nanti!

Nadia Nor said...

...seminggu lagi untuk attend kelas tu, bukan seminggu lagi untuk balik~ just fyi XD

hampehmuuu. men jejauh.

ye jumpe nanti~!!

tangonovember said...

ARGH!!
knape gambar Bunga-bunga tu sangat LAWA!!
DAMN PHOTOSHOP!!

dan BTW, yang Aneheim tu nama restoran ke?

Nadia Nor said...

hello pakcik, fyi itu bukan Photoshop. ko pon boleh laa buat ni, pegi search & download Photoscape, serius senang je nak buat gambar jadik camtu. pegi pegiii.

vuong said...

婚活 悩み
ウェディングドレス
募金
インプラント
カラコン
ボイストレーニング
債務整理
民事再生
自己破産
過払い金
任意整理
リサイクルショップ
オフィス家具
店舗デザイン
債務整理
過払い
新宿 マッサージ
タイ古式マッサージ
広島 不動産
婚活
お見合いパーティー
マカ
格安航空券 国内
バイク便
税理士 東京
青梅市 不動産
電話工事
東京 賃貸
メッセンジャーバッグ
賃貸 東京
レコメンド

vuong said...

結婚式 二次会
幼稚園教諭
賃貸伊丹市
折込チラシ
お見合いパーティー
新規ビジネス
エステ 池袋
駐車場防水
コンパニオン派遣
株式会社Karigo
結婚相談所 東京
au レンタル
厨房機器
英語塾
ビーズ 通販
アトピー 入浴
霊園 東京
葬儀 埼玉
阿比留 章雄
整体 独立
整体 スクール 東京
葬儀 横浜市
霊園 松戸
アセチルグルコサミン
目の疲れ 解消
飲む プラセンタ
口臭対策
世田谷区 矯正歯科
便秘 解消
血糖値を下げる
kaplan