post ni sampai jua.
without further merepek, mari teruskan~
bila : Jun 19, Khamis.
mana : SeaWorld, San Diego.
siapa : Nik, Elly, Laily, Nadzirah, and yours truly.
bagaimana :
mengapa : summer break.
pagi tu kami buat bekal breakfast (ala2 je), then bertolak keluar umah dalam pukul 9 pagi. pegi Student Center, beli tiket SeaWorld. kitorang students Cal Poly boleh purchase tiket to a lot of awesome places (incuding Six Flags yang pegi dulu tu) kat Student Center.
lepas tu bertolak keluar pekan Pomona.
about an hour or so drive, berenti kat satu R&R. tempat tu, weirdly, resembles the one yang ada kat Melaka, cuma takde tempat makan je. or was it just me.
you can buy these stuff from a vending machine, gile convenient. especially the thing in the top pic, convenient convenient...haha.
try clicking this pic and read the caution sign.
agak menakutkan jugak ar.
dari R&R ni boleh nampak the far beach/sea. diri kat this place je pun boleh rasa cooler than the rest of the R&R.
then sambung drive balik.
AND FINALLY.
we arrive at the long-awaited SeaWorld~
melangkah gembira menuju DuniaLaut~
dari kiri : Elly, Nadzirah, Nik, Laily.
masuk main gate, lepas check tiket sume, kitorang tengok schedules of the shows. so first up, kitorang ke Sea Lion and Otter Stadium.
on the way tu sempat tengok sea lions. orang ramai tengah bagi makan kat sea lions tu. then kadang-kadang ade je burung sekor dua datang curik makanan (ikan). kelakar gle.
show 1 : Clyde and Seamore's Risky Rescue
dari pamphlet : "Clyde and Seamore attempt to savetheir ill-fated submarine, USS Motley by going on a 'risky rescue' to find Admiral Biggenbottom."
my first live mime ever!!
sebelum show mula, mime ni (kira anak kapal submarine tersebut) buat laa memacam aksi. kat sini de tengah guna bow and arrow nak aim kat sebijik epal (atau tembikai atau honeydew atau durian, ikut imaginasi korang) atas kepala budak tu.
kitorang : "cepat laa mula~ panas gle dah ni~"
kalo tak silap kitorang tak dapat duduk kat row 'splash zone'. splash zone tu adalah kawasan di mana possibility untuk kena splazh adalah sangat tinggi. splash tu datang dari makhluk-makhluk yang menyimbah/memancut/membaling/etc air kat korang.
then berbunyilah muzik di corong-corong speaker menandakan
Clyde si anjing laut bersama trainer de masuk arena.
besar weh Clyde nih.
Clyde ni memang terer ikut ape je yang trainer de buat, dari berdiri camni sampai laa ke satu part tu trainer de melompat, Clyde pun melompat.
yang belah kanan tu laa Admiral Biggenbottom.
besar tak besar walrus tu.
abes dah show~
belakang tu walrus yang besar gle tersebut.
pastu kitorang pegi ke Dolphin Stadium untuk
show 2 : Dolphin Discovery
kitorang tak dapat seat depan. disappointed gle. Nik, Laily ngan Nadzirah duduk somewhere to the far left, and saya ngan Elly diri kat belakang nearer to the center. not bad jugak laa, tapi tak kena splash ngan dolfin-dolfin tu.
lupa nak kata, tujuan kitorang tengok shows ni sebab nak basahkan diri sendiri. haha.
dolfin-dolfin yang gle terer.
ada skali tu diorang tunjuk dolfin lompat dalam 15 kaki (approximate je...tapi tinggi gle ar), memang gempak gle.
oh, fakta : korang tau tak somewhere kat Langkawi (or around it) ada dolfin?
abes show kitorang jalan merewang tengok-tengok apa yang patut.
cucuk idung de~ ngahaha.
"okeh, duduk diam-diam, nanti mak balik, mak bagi gula-gula."
pastu kitorang ke Shamu Stadium, tempat highlight SeaWorld, and the main reason kitorang datang sini.
Shamu adalah nama star killer whale (aka orca or seawolf) yang menjadi lambang SeaWorld.
show 3 : Believe (poyo gle nama show...)
flashback kejap ek : masa aku tadika dulu, aku ingat penah datang US, and ada jejak SeaWorld (altho taktau tu yang katne punya, Orlando kot?). time tu pun ada tengok Shamu.
aku pikir jugak : "eh...takkan Shamu tua camtu kot...?"
lepas Wiki tadi, baru aku tau yang Shamu tu kira cam stage name untuk memana killer whale yang menjadi main star untuk hari tersebut. haha.
kali ni kitorang berjaya dapat seat depan!!
konfem kena splash abes XD
dah laa depan, pastu right next to the center stage.
(kira cam kolam besar tempat persembahan tu, ada 'stage' bersambung ngan kolam tu kat tengah.)
BESAR GLE NAK MAMPOS KILLER WHALE TU.
camni laa dekatnya kitorang.
ni laa center stage tu.
yep, belah kiri kitorang je.
nampak tak splash tu? tu kecik kan? gandakan 80. haa camtu laa splash yang kitorang kena masa trainer de suruh Shamu flip ekor de kat kitorang --
-- sampai lencun abes baju sume. dah tu flip bukan sekali, 2-3 kali jugak laa.
(abaikan muka retarded saya.)
naseb memasing ada baju spare.
puas ati kena splash abes-abesan.
suasana Shamu Stadium lepas orang sume bergerak keluar.
masa show, trainers ada tunjuk satu hand movement -- tangan kena buat cam bentuk ekor Shamu, pastu ada laa gerak-gerak. yang best tu semua orang buat, ramai-ramai bersorak sambil gerak-gerak tangan...haha. unity ar kiranya.
on the way keluar stadium, lalu ada overhead closed bridge, boleh tengok the big tank connecting to the main show tank kat depan tadi.
sorang manusia yang tak berjaya dikenalpasti umurnya kerana sangat terkagum melihat ikan paus pembunuh tersebut.
pastu kitorang pegi makan.
Shipwreck Cafe.
front of kaunter makanan.
ye, kami memang suka amek gambar camni.
dan saya memang suka wat muka retard.
kalo dah bosan menunggu beratur kan.
Nadia : "aiii bila nak makan niii~"
Nik : "...mm."
Laily : "saye sukeee~"
Nadz : "saye juge sukeee~"
makan ala buffet-beratur...entah.
menarik gak laa makanan-makanan de. tapi untuk kitorang kira limited kan. at least ada gak laa makan.
kami makan ngan senyap sambil ditemani riuh-rendah orang bersukaria naik ride Rapids kat bawah tu (senyap = lapar gile). unfortunately saya takde gambar makanan sebab sangat lapar hence tak menyempat nak snap. tau-tau je dah abes makan. haha.
pastu pegi jalan tengok-tengok exhibits and displays and stuff.
antara tempat yang kitorang tengok-tengok tu :
Forbidden Reef.
taktau apa yang forbidden, tapi kat sini ada bat rays (sejenis ikan pari) dan moray eels (tapi tak nampak pun, mungkin kat kolam yang lain kot).
kat sini korang boleh sentuh bat rays tersebut.
saya telah menyentuhnya.
dan first reaction : TERKEJUT *gelak guling-guling* sebab tak sangka plak rasa de licin gle...
...pastu sentuh lagi haha.
Elly : "alalalalalaaa~"
ray : "miaw~" eh?
Nadz : "alahaaai comelnya engkau...masak asam pedas pun best ni..."
ray : *berpeluh lantas melarikan diri ngan cepat*
malangnya takde gambar saya bersama bat rays.
anyways.
kitorang jalan lagi.
Flamingo Cove.
although kami kurang pasti apa kaitan flamingo ngan unsur kelautan.
lembu ni bukan je pakai seluar bermuda, tapi jugak ada suara weh~
(apa kaitan?)
pastu ke Shark Encounter.
kalau korang anticipating jerung-jerung buat show makan kepala orang atau jerung-jerung melompat through fiery hoops, maka korang salah besar.
sini ditempatkan jerung-jerung sebagai tatapan umum dalam setting yang sangat cantik.
memula masuk, korang akan view the huge tank from above.
then as korang go in, korang akan gradually descend sampai laa korang tiba ke satu terowong yang membolehkan korang tengok jerung-jerung tu at the same level as them.
dan-dan je nak bergambar.
terowong tu pendek je, dan walkway tu diorang letak the flat-escalator-thing yang cam kat KLIA tu. supaya orang tak stay in one place untuk masa yang sangat lama dan akan halang laluan orang lain. cam kami yang memang carik peluang je untuk bergambar.
dekat kan? dekat kan?
(apasal...banyak muka retarded...)
pastu gerak lagi.
dan-dan je nak bergambar.
terowong tu pendek je, dan walkway tu diorang letak the flat-escalator-thing yang cam kat KLIA tu. supaya orang tak stay in one place untuk masa yang sangat lama dan akan halang laluan orang lain. cam kami yang memang carik peluang je untuk bergambar.
dekat kan? dekat kan?
(apasal...banyak muka retarded...)
pastu gerak lagi.
kawad kaki.
kitorang ke Penguin Encounter.
basically tengok penguin dalam bekas kaca camni.
banyak gle jenis penguin diorang letak kat sini.
cam dalam cerita Happy Feet tu.
oh, Emperor Penguin sangat BESAR dan GEMOK.
abes tu kitorang ke Pets Stadium.
datang SeaWorld pastu tengok haiwan peliharaan yang boleh jumpa kat umah...
show 4 : Pet's Rule!
from pamphlet : "You are invited into the world according to our pets."
set stage tu memang menunjukkan dunia sepertimana yang dilihat oleh pets i.e. kat backyard, dan sume adalah besar.
best jugak show de, especially the ending part yang mana semua pets tu diorang buat like a sort of skit. ada satu part tu, ada 3 ekor kucing itam masuk this huge milk bottle (ada dalam gambar kat bawah) then nanti 3 ekor kucing putih keluar from there. seronok gle.
set tersebut.
oh, kat tangan : drink bottle berkepala Shamu. ngahaha.
sambung jalan lagi.
random papan tanda.
kemudian ke :
Wild Arctic.
tempat di mana korang akan dibawa menjelajah dunia Artik. duh, Nadia.
korang penah pegi Petrosains kat KLCC tu?
situ ada like this one helicopter ride kan?
haa kat sini pun ada.
korang boleh pilih either nak jalan senang-lenang into the main inside, atau naik heli ride. of course, kitorang naik heli ride.
heli ride de konon bawak pegi kat tempat research hidupan Artik.
ingatkan de mild je laa kan cam kat Petrosains tu, ada goyang-goyang-rasa-nak-terjatuh sikit-sikit je. memang tak bajet langsung yang heli ride ni, de serius cam real, cam naik roller-coaster yang gila, dan memang rasa panic sebab simulation avalanche, elak runtuhan salji, terbang through turbulence, and mendarat ngan tak smooth sume memang real sungguh.
dah keluar heli (ngan kpale yang pening) kami pun tiba kat 'tempat research' diorang.
wait. ada ke researcher kat Artik pakai selipar...?
researchers pun kena makan jugak.
(researchers = bukan mereka berdua.)
mari bergerak ke sana~
dapat tengok
dinding ni dibuat/diselaputi ais real, nak bagitau yang kat Artik tu memang camni ar dinding umah
kitorang ni menahan laa sejuk menggigit de semata-mata nak amek gambar.
walrus yang uber-huge.
boleh dengar camne bunyik walrus kat sini.
kami kongker tingkap tu haha.
Nadia tidak bercium ngan walrus tersebut, harap maklum.
ni saiz tapak kaki polar bear vs. tapak kaki saya.
kalo nak lawan taekwondo ngan beruang kutub, think again.
ni adalah spesis ikan paus yang agak pelik tapi menarik.
de kaler putih, dan rupa diorang sangat aneh.
name makhluk ni adalah beluga whale.
diorang adalah the only whale species yang boleh berenang backwards.
kat souvenir shop at the end of Wild Arctic.
dari nak buat gading walrus terus jadik jongang.
kat luar Wild Arctic.
sape yang 100% boleh camouflage jadik penguin, dalam pendapat anda?
lepas tu.
kitorang akhirnya dapat pegi naik rides~
masa kat gate masuk awal tadi, kitorang boleh nampak this one roller-coaster/splash ride yang nampak cam best gle, so itulah yang kami tujui sekarang. (tujui...?)
ride 1 : Journey to Atlantis
kalo korang penah ke Sunway Lagoon, kat sana ada this one log ride yang mana korang akan naik satu 'log' dan akan somehow dibawak naik to a quite high place, then korang akan menjunam turun dan akan splash air secara extreme kepada by-passers on your way down.
this ride is like that.
cuma, kat Sunway tu, on your way up, korang berada dalam terowong, dan korang taktau korang naik dah tinggi mana sebab tak nampak luar kan -- yang ni, memang boleh nampak laa korang dah tinggi mana. walaupun Six Flags dulu tu lagi mengarut tinggi de, tapi kali ni entah kenapa kitorang jadi lagi takut.
on our way up.
saya ngan Nadz kat seat depan skali, Laily 2nd row.
(konon berani je tu. saya memang honestly dah taktau nak pikir apa.)
masa dah sampai puncak tu, rasanya kalo ada kamera kat depan, memang nampak pucat kot muka (exaggerate). tapi masa menjunam tu adrenaline rush sangat hebat, dan saya telah mengangkat tangan ngan girangnya untuk sepanjang ride tu...ngahaha.
kat sini ada part yang diorang amek gambar khas untuk ride ni, tapi sebab mahal (dan muka saya buruk haha) maka kitorang just ingat gambar tu dalam memori je.
orang-orang yang berjaya naik Atlantis!!
(Nik penah datang dulu, and kali ni de agak keletihan, maka de tak naik kali ni.)
ingatkan nak naik lagi sekali, tapi sebab beratur tadi pun panjang gle, maka kami dropped the idea.
masa roller-coaster tu turun melimpahkan air.
alang-alang kuyup masa naik ride ni tadi, baik basah terus.
for some reason, saya tengok gambar ni cam kitorang jadik pelayan restoran Mexico...
lupa nama makhluk ni.
tapi de di-display dekat ngan ride Atlantis tadi.
kemudian kami ke --
ride 2 : Shipwreck Rapids
again, kalo korang penah ke Sunway Lagoon, kat sana kan ada ride yang camni :
-- yep, again, sini pun ada.
ride ni terletak dekat ngan tempat makan tadi. no wonder riuh-rendah je.
kali ni semua orang naik.
line tak berapa panjang, so tak tunggu lama sangat.
ride ni, on the outer perimeter, orang luar boleh tembak orang-orang yang tengah main ni ngan air (kira kat luar tu ada some sort of water-gun-machine yang kena letak syiling tu). tapi sebab ngan ride ni je pun dah boleh basah kuyup, maka saya tak sure ade ke orang yang tembak kitorang.
yang best tu, oleh sebab Laily tak kuyup masa show Shamu tadi, maka kali ni de adalah orang paling malang. segala air yang turun/naik/splash/terjun/siram sume kena kat de.
tahniah Laily~
kan ke lencun Laily ni.
Nik pun lencun jugak ar sebab duduk ngan de. haha.
abes ride tu, kitorang tengok line dah cam takde sangat, kitorang pun naik laa lagi skali 8D
kali ni pun Laily gak yang paling malang.
saya menumpang nasib ye.
diorang seronok gelakkan Laily.
pastu pegi restroom nak tukar baju sume. dah basah cam hape. sejuk gle.
maka officially dah abes laa perjalanan kitorang kat SeaWorld ni.
short show kat depan stage dekat ngan gate masuk.
malam nanti akan ada show besar-besaran bernama Riptide kat stage ni.
sebab kitorang dah nak balik, maka kitorang tak tengok laa show tu.
time malam pun ada show gak, lagi best kot.
maybe next time.
did i mention that tiket yang kitorang beli tu untuk 2-day admission? yep.
doesn't necessarily have to be 2 days back-to-back. kira kitorang dah masuk ari ni, then for one day before 30 Jun 2009 (except 27 - 30 Disember 2008) kitorang boleh masuk lagi.
wuhuu!!
tapi entah bila laa kan.
kaunter buat kad pengenalan.
or tempat jual popcorn, whichever you like.
penulis bersama souvenir.
(penulis -- wakaka~)
on our way out, ada this one photo-place bersama this mascot.
tak sure mascot tu makhluk apa. otter kot?
tadaa~
berakhir sudah hari kami~
ikut korang laa nak pecaye ke tak pasal entrance ni.
the complete crew.
terima kasih kepada sorang dude yang sangat sporting kerana telah menawarkan diri untuk amek gambar ni.
(mungkin time tu de tengok kitorang sangat excited amek gambar.)
then balik umah.
umah kitorang telah dipersetujui untuk dijadikan venue celebrate birthday Shanida. maka kitorang bertungkus-lumus buat segala yang termampu sebaik sahaja sampai.
"eh eh petaknya kek ni~"
orang ramai, view dari dapur.
penyampaian hadiah kepada pemenang acara lari dalam guni~
group shot~
-- dan birthday celebration tak sah tanpa calitan kek di muka seseorang --
Shanida dah tukar kewarganegaraan terus.
and our day ended.
sekian sahaja dari saya.
/nadia yang berimpian kejap nak jadi trainer killer whale.
11 comments:
mari kite komen!!
Show 1: ur face dh hampir same la ngan badut tu..hehe:P
Show 3: waa...tekezotnye muke!!
eh that shamu diorang bg makan ape ek, ayam ke?
Forb. Reef: bestnye asam pedas ikan pari!! lapa lapa..
Lembu: nadia mcm nk memerah je dari bawah tu.har har..
Shark: x seram ke dok dalam terowong tu? teringat crite shark seh~~
Papan tande: haha gamba ni mcm budak tengah merajok xmau balik je:D
Wild arctic: researcher yg pakai selipa tu mcm dh putus ase je..BERUSAHA!!
kalo xleh lawan TKD, lawan silambam la.pakai kayu x libatkn saiz kaki:D
Camouflage penguin ialah: cik bertudung itam.sessuaii!!
Haa lg prefer kaunter popcorn tu jadi kaunter buat IC kat msia.baru cerie sket budak nk amik gamba.leh senyum dengan ceria!! XD
show 3 (Shamu) : entah bagi makan pe. tak try tanya pulak ari tu.
shark : takde seram mana pun...suma ada satu spesis ni, gigi de extremely menakutkan, boleh terbayang camne kalo kena gigit ngan de. serius.
papan tanda : haha...kalo boleh nak stay sampai malam ari tu~ tapi apakan daya.
kaunter popcorn : setuju setuju!!
wahh seronok membacanya!! :DDD
yg ikan dolp kat langkawi tu mcm ada ingatan separa lupa *wahaha* either pernah nmpk or nampak kat tv (ketuk2 kepala) :P
best gile yg ikan paus tu!! mmg gigantic gle!! ^____^ kalau sy pon mesti akan rebut2 jugak seat dpn tu.. hahah.
hah yg time korg mkn buffet tu, since makanan limited, apekah yg korg ambik? :]
bile baca entry ni, rasa best je kalau dpt jadi pengkaji binatang camtu kan. ala2 duduk je observe apa binatang buat hari2. best2!! :PP (apsal la x ambik zoologi je dlu lolx)
and ride2 yg korg naik mmg nampak best!! bende bulat2 tu mmg harus naik lebih drp sekali! yihha! :B
ngahaha~
makanan yg kitorang amek...veggie burger ngan fish burger. mainly mende2 berasaskan sayur ngan seafood.
tu ar dulu dah berimpian nak jadik marine biologist lagi...tp skrg trus salah bidang. haha.
mende2 bulat tu -- yeshhh WAJIB naek at least DUA kali XDDD
bat rays: saye will be eating that sooonn!!
polar: (koala/panda) WITH LAYLI'S LIKE VOICE >> NADIA NI BONGOK LA!!!!!
camouflage penguin: dedede ...obviously...siot tol
mmg klau ble nak stay sampai kena halau baru nak klua....hmm..demi shanida..heh
hampeh weh...
nak gak makan pari~!! T^T
polar bear : aa...memang time taip tu tersalah laa...bukan sengaja...XD
camo penguin : bukan sorang je yang membenarkan fakta ni rupanya 8D
haha pasni ramai2 la panggil cik tudung itam tu PINGU yek!
seswai seswai XD
[jgn mare ye cik tudung itam, nnti kene jual :P]
pingu?? ..adekah...x patut..x patut btol
hishk..hishk
type salah konon...ahhh..sume itu alasan semate2..wahaha
cam sonok jek tgk....
ushop : aiseh takleh ar nak panggil Pingu -- silap2 kena terajang kuar bilik nanti (beliau adalah roommate saya) haha.
nadz : mane de alasan...sungguh, salah taip...
alinz : seronok seronok XDDD
huhu satu alasan yg sangat kukuh dari nadia...
[rumate xleh buat main tuu :P]
nasib sy bukan rumate die...muahahaha[gelak jahat]
-peace, no marah2 ok..!!
Post a Comment