Wednesday, July 23, 2008

pada hari ini...

(malas intro, baca terus ye. ikut gambar~)

...saya telah ke sekolah cam biasa...


keadaan lab ECE pada hari ini.
meja lab sangat tinggi, kalo instructor tengah cakap kat depan, kena melutut atas stool. betapa rendahnya saya kalo ikut standard omputih.

lepas lab abes, saya pun tunggu bas nak balik umah.


bermula kembali adegan menembak awan.

dah sampai umah, saya rasa lapar, masa tu dah dekat pukul 3.
saya pun goreng nasik sebab taktau malas nak pikir nak masak apa lagi.


DEBUT GAMBAR MASAKAN NADIA!!
telah diberi nickname 'Poor Man's Fried Rice' oleh Nik dan dipersetujui oleh orang ramai. alasan untuk nama tu : sila pikir sendiri.


pecahkan telur pun fail laa Nadia.
tak cantik dah.

lepas makan sume, saya telah menghadap laptop dan menonton anime Blue Submarine No. 6 sampai abes. kemudian saya telah menghabiskan masa ngan surfing web tanpa arah tujuan.

petang tu, sebab bosan, saya naik basikal pergi round kawasan belakang Village.


langit masa keluar umah, 7.17 pm.


ada grape vineyard.
taknah tengok dekat-dekat.


tengok, tengok, anggur --


for some reason, saya agak rasa anggur ni masam.
tuduhan semata-mata, haha.

pastu banyak bunga kaler-kaler --


bunga-taktau-jenis merah.


ros kuning.






bunga tepi jalan.
(gila tak civilized bagi nama camni...)
kecik tapi kaler sangat cool.


langit pada 7.32 pm.
kalo boleh strain mata, ada solar panel dalam gambar ni, yang tengah-tengah tu.


langit pada 7.39 pm.
kalo turun bukit ni pastu jalan terus, korang akan lalu ladang penternakan pelbagai haiwan : ada llama (serius), kambing biri-biri, lembu, pig (serius jugak), kuda.


gunung kat hujung sana tu, time winter akan ada salji atas de. rasanya dulu ada post gambar gunung tu ngan salji, tapi malas nak check. haha.


tu banjaran ape ntah kat belakang Village.
oh, ladang depan ni, time autumn nanti ada pumpkin festival, diorang akan tabur labu banyak gila kat sini, jadi meriah ngan kaler oren XD


oh oh bukak sprinkler~


langit pada 7.55 pm.
disertai sprinkler kat ladang tadi.


mari saksikan penunggang basikal tak bertamadun.
kalo naik basikal, sila jangan rekod video walaupun jalan tu tak curam mana pun.

dah abes naik basikal tu, saya pun balik.
sampai umah je, laptop dah bunyi azan maghrib.

okeh sekian.

/nadia yang taktau nak buat apa sekarang.

2 comments:

wani ezryl * said...

*melopong tengok video basikal*

*tepuk tgn kuat2*

hahaha best gle video tu! sy gelak sorg2 sini, imagine camne la si nadia ni pegang phonecam dia ms naik basikal.. :PP

//

-lab ECE tu sesuai utk sorokkkan diri & tdo, sbb meja dia tinggi *niat jahat di situ terserlah* :P

-tembakan awan yg cool!! xD

-walaupun namanya 'nasik lelaki miskin' atau 'nasik lelaki merempat' (wani mmg suka exaggerate nama :P).. tapi still nmpk sedap! really! sy org yg appreciate nasik goreng.. hahaha. telur xperfect pun xpe, sbb itu telur picasso! ;P

-anggur gelap tu nmpk mcm buah keranji *terbayang kemasamannye*

-nice flowers & nice sky!! entry yg byk unsur2 alam semulajadi!! *tepuk tgn lg dgn seronoknya* xDD

Nadia Nor said...

camne si Nadia pegang phonecam sambil bawak basikal? sepertimana Wani pegang phonecam masa bawak keta malam-malam 8D ngahaha~

telur goreng picasso...haha...ah that made my day~

banyak unsur alam semulajadi, wah!! baru perasan!! (selama menaip entry ni otak pikir "okeh, gambar, pastu description, gambar, description, gambar, ...)