May 11
Taste of Malaysia
Third Street Promenade, Santa Monica
Taste of Malaysia
Third Street Promenade, Santa Monica
disebabkan ada ura-ura mengatakan keropok lekor bakal dijumpai kat sana, kami pun ramai-ramai laa ke event tersebut.
bertolak -- menuju keropok lekor!!
sampai je kat sana, kami nampak beberapa gerai menjual makanan Malaysia, termasuklah keropok lekor. tapi, bese laa, kalo dah mende import kan, pasti MAHAL.
ie, keropok lekor 7 batang = $3 ke $5, camtu laa.
GILA. tapi kalo dah kempunan tu kan. redah je laa.
dan ada jugak cultural performance aka tarian Malaysia. saya memang suka tengok mende-mende ni. mak saya mesti tau, sebab time ada event kat Pahlawan Mall Melaka ari tu, tengok orang wat show sampai dah nak terlepas maghrib. haha.
yang kat belah kiri tu adalah Ida Sabrina, sama skolah ngan kami. kami suka laa kacau de atas pentas tu.
tetiba pakcik ni turun plak, tarik Elly suruh menari sama.
yang aku plak seronok kacau Elly.
cam bese laa, kalo dah abes how menari-menari ni, at the end ada joget lambak. saya berjaya melarikan diri daripada ditarik. kat sini, Elly menari lagi HAHA.
ada show camne buat teh tarik bergaya oleh Pakcik Meor.
kelakar laa pakcik ni. senang melatah plak tu. sungguh.
sempena Mother's Day, diorang tarik a few mothers untuk cuba buat teh tarik.
lepas show tu kami pusing laa jalan kat situ sebab banyak gila kedai. untuk sesape yang suka bershopping, sini adalah tempat yang agak best untuk anda. especially for the ladies, ada Zara, MNG, ntah apa lagi. saya hanya jenguk-jenguk je sebab takde mende spesifik nak tengok.
pastu balik kat stage tadi sebab ada 2nd session. sempat laa tengok dances yang tak tengok tadi.
Indian dance.
dance penutupan. belah kiri tu Ida Sabrina lagi sekali ye.
panas terik weh ari tu.
Nadzirah, Laily, saya, Elly.
lepas abes 2nd session nyer show, saya ngan Laily pegi tengok gerai-gerai tu. antara makanan yang wujud pada hari tersebut : roti canai, nasik lemak, keropok lekor, pisang goreng, cendol, ice kacang, teh tarik, sate...apa ntah lagi. tapi rasa de tak se-best rasa original kalo kat Malaysia.
again : Malaysian food is the BEST.
then kitorang tengok the 3rd session punya show pulak. memang kitorang layak dipanggil penonton setia laa sebab tengok semua sesi persembahan. dah tu pulak slalu duduk paling depan.
abes formal show, ada plak tetiba this made-up band. antara diorang saja nak belajar main atau suka-suka je, tapi best laa tengok diorang. pakcik baju Melayu kaler ungu, merah ngan biru tu sebenarnya yang main instruments pada hari tu.
yang len sume ni tumpang glamer je haha. memain je.
inilah pakcik-pakcik tersebut, pakcik-pakcik Tratiga (Traditional Tiga).
group shot kami yang stay sampai ke hujung rancangan.
ni laa rupa Third Street Promenade tu. cantik weh.
-- dan bermulalah acara mengambil gambar secara menggila kami.
haha...kami memang takde keje malahan bermuka tebal.
sedia -- terjun~!!
oh ye, tempat ni memang popular ngan street performers yang perform ngan hebatnya. contohnya dua orang ni, diorang main Spanish guitar, lagu diorang serius BEST.
Wafiq, kalo ko datang sini, mesti ko suka. ala-ala gitar dalam Ace Combat Zero nyer lagu tu.
haha...idea saya yang tak betul...
kalo dah mula bergambar tu, susah nak berenti.
ni time nak lintas jalan pegi tengok kedai kat sana. time nak lintas tu pulak tetiba rasa nak berlari. entah laa kenapa. tapi seronok.
lepas tu...balik. haha.
malam tu diorang nyer plan nak bawak saya keluar makan or anything tak berjaya sebab saya malas nak keluar. esoknya birthday saya kan. tapi mana tau diorang nak bawak keluar, ingatkan nak pegi Winco je. hahahahaaa.
1 comment:
keropok lekor rm1.50+- seketul?! wahhhhhh *pengsan kjp* :P
*bangun balik*
korg kat sn lg 'msia' drp kitorg kat sni sbb sy pon xprnh pegi joget lambak dgn tgk org main traditional instruments camtu hehe
::)
Post a Comment