before i continue, remember that 'hari ini' = Wed, Apr 16.
alright here i go.
tak banyak pun nak disambung sebenarnya, just that Cynthia ada tanya jugak apa yang aku fikir pasal ayat 54 Surah Ali Imran, lebih kurang tentang bagaimana hebat pun kita manusia merancang, Allah adalah sehebat-hebat perancang. Cynthia tanya sebab dia ada dengar version translation yang menyamakan perancang = deceiver. aku terkejut jugak, sebab tak pernah pulak ada orang yang mengajar aku camtu. tapi tu laa translation, boleh di-mislead kalau tak study habis keadaan bagaimana/di mana/bila ayat tu diturunkan, dan kena amek kira jugak ayat sebelum dan selepasnya, serta susunan ayat and such. Cynthia kata kat aku, kalau ada tau sesiapa yang boleh explain ayat ni sejelas-jelasnya, tolong bagitau dia.
and then rasanya ada dispute between whether or not Al-Fatihah is included in the Al-Quran or not : sebab menurut apa yang Cynthia pernah dengar/belajar, ada golongan yang kata Surah Pembukaan tu adalah salah satu surah yang memang terkandung dalam mushaf suci, dan ada pulak golongan yang kata surah tersebut hanyalah sebagai satu doa yang dibaca Rasulullah, doa yang memuji kebesaran Allah dan memohon dari-Nya untuk tidak membawa ke jalan orang-orang yang dimurkai-Nya. sebab aku tak belajar secara detail camne Al-Quran disusun, maka dengan sedihnya aku terpaksa jawab : "i don't know about that."
aku ada perasaan, macam, marah kat diri sendiri, dan pada masa yang sama sedih, sebab tak boleh nak provide apa-apa jawapan kat Cynthia yang bila-bila masa boleh yakin seyakin-yakinnya kepada Islam, sebab dia memang tau lagi banyak benda dibandingkan dengan aku, cuma aku je yang tak mampu buat apa-apa.
camne pun, aku masih agak gembira jumpa dengan Cynthia sebab dia banyak buat aku fikir, bagi sesuatu untuk aku fikirkan. dan aku harap sangat dia akan jumpa jawapan yang dia cari-cari, walaupun akan mengambil masa yang lama, as long as dia menemui kebenaran, sebaik-baiknya dari seseorang yang lebih arif dalam hal ni.
lepas berborak sekian lama, Cynthia kata nak belanja aku makan. gila ke, aku dah laa tak banyak cakap, tak jawab apa-apa pun, so aku pun kata housemate aku dah masak kat umah (dalam otak memang harap ada pun). Cynthia insisted on treating me something sebab teman dia bincang and borak, and dia belanja aku minum smoothie. ahaha...takpelah, janji dia satisfied. tapi aku masih rasa tak patut je terima dia belanja aku sebab dia dah pun bagi macam-macam kat aku, cam buku kecik "Path of the Prophets", CD pasal life of Nabi Isa/Jesus, ngan buku kecik pasal Gospel of John (one part of the Bible) yang sampai ari ni tak cuba selak pun. bukan takut or anything, banyak assignment nak kena buat. haha.
lepas smoothie tu, kitorang part ways -- time tu dah pukul 3 pm rasanya. masa aku tengok dia keluar pintu Student Center tu, aku harap camne yang aku harapkan dalam ayat atas tadi.
kepada sesiapa yang boleh menjawab persoalan-persoalan Cynthia, sila bagitau, dan aku akan e-mail dia jawapan-jawapan tersebut. persoalan pasal sacrifice + ayat 54 Surah Ali Imran.
sekian.
oh ye, side info : kepada sesiapa yang berminat nak bekerja di NASA, sila abaikan impian anda sebab mereka hanya menerima US citizens. okeh.
3 comments:
akhh! kecewanya! *hempas pinggan mcm org2 itali* baru ingat nk apply jd jurutaip kat NASA! :PP hehe. but knp ek diorg buat rules camtu? xnk terima org2 len? ntah2 ada rahsia alam yg diorg hide kot?? :b
abt the surah, seriously my knowledge in studying surah pun sgt kecik. cynthia tu kne jumpa dgn ahli2 agama yg betul2 kaji benda2 ni jugak mcm dia, then she'll ger her answer.
but according to this book i hv, surah al-Fatihah adalah surah pembukaan dlm al-Quran. so it means tha mmg al-Fatihah part of al-Quran, and at the same time it's also a pray yg digunakan oleh org2 Islam utk mcm2 tujuan. bc al-Fatihah ni da mcm bc 1/3 of Quran, hence part of Quran itself. wallahualam.
::)
thanks wani XD
that helps a lot!!
and jurutaip NASA? wahaaa...well we'll worm our way in someday Xb
nadia..kema ni.kalo ko confuse ngan display name aku tue..huhu..lama dah tak cuci pale ngan kalam2 ko kat sini..(ayat aku pun mula menunjukkan belangnya..)hahah ske ayat tuh..anyway pasal maam cyntia tuh...untung ah ko dapat jupe die ek..tapi segan gak kte tak leh jwp as a muslim kan..if i were in ur shoes maybe aku wat2 bisu..huhuhu kejam...senanya aku ada terbaca kalo kita dlm situation camni apa yang perlu kita jawap..and soklan maam tu pun lbey kurang dgn apa yang aku baca tuh...tapi...huhu..aku lupe..nanti kalo aku ingat aku bgtahu balik k..(mesti ko kecewa tengok komen aku pjg lebar..tapi tak bantu apepon..)huhu...da....
Post a Comment