Friday, April 25, 2008

tag : lapan fakta.

saya dengan jayanya telah di-tag oleh Nazrul Syazwan hari ini (tarikh Amerika). maka dengan terpaksanya (okeh saya tipu, saya tengah malas stadi) saya pun menyahut tag beliau. dan saya kena tag lapan orang pulak lepas tu.

lapan fakta pasal saya.

satu saya dah tak kesah pakai kaler pink. kaler pink sedang bertelagah ngan kaler oren sebagai kaler faveret saya.

dua saya suka dengar lagu dari artis Jepun dari artis omputih. sebab lagu omputih tu senang sangat paham. hahaha. entah laa sebab apa tapi suka laa.

tiga saya seorang bibliomania...atau bibliophile. saya suka collect buku walaupun saya tau buku tu takde guna kat pelajaran saya (komik not included). cam buku architecture ngan buku grafik pasal langit/awan.

empat saya suka bau pancake, cookie cip coklat, cookie gingerbread dan waffle. pancake laa paling best.

lima saya suka amek gambar random. kalo rasa nak amek tu, amek laa. tapi kalo ada event yang participate, saya lagi suka diamek gambar. kamera saya tu akan kasi orang lain pegang, mwahaha.

enam saya ada tabiat aneh iaitu...kalau pegang buku ilmiah je akan terus mengantuk. tabiat tu makin menjadi-jadi plak sekarang. kenapakah?

tujuh suka komedi sarkastik (ada ke perkataan sarkastik dalam bahasa Melayu), sinikal, menyindir secara indirect, etc. sebab nak jadi sorang sarkastik memerlukan skill yang licik lagi cekap.

lapan suka laut, pantai, pulau, langit, awan, dan yang sewaktu dengannya. pendek kata, kalau saya ke pantai, saya akan rasa hepi sehepi-hepinya.

lapan orang yang saya nak tag :

1. wani ezryl * walaupun beliau dah buat benda camni banyak kali hahaha.
2. fuzie walaupun beliau sibuk ataupun taknak buat kena buat jugak.
3. wafiq walaupun...alaaa buat je laa.
4. kema andaikata beliau membaca post ini.
5. fairuz andaikata juga beliau membaca post ini walaupun itu adalah mustahil.
6. nur fatin amira andaikata juga beliau membaca post ini.
7. ...syazwan, ko balik laa...entah laa sape...
8. andaaa. haha.

okeh sekian makaseh.

1 comment:

riken said...

pancake??? suka bau pancake???
huhu...jom tukar tempat...hari2 bleh makan pancake...